Azman Wakili TIM SDAP Pada Piala Porsche Carrera Asia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Azman Yahya telah dipilih sebagai pemandu undangan bagi Tim Sime Darby Auto Performance (SDAP) pada perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia di Sirkit Sepang pada 30 Ogos hingga 2 September.

Azman, 48, akan bersaing dalam Kategori B perlumbaan itu - kategori pemandu bukan profesional.

Pusingan 7 dan 8 perlumbaan itu akan merupakan perlumbaan sokongan bagi pertandingan Malaysia Merdeka Endurance (MME) 2012.

"Saya telah tidak berlumba sejak lapan tahun lepas dan kini kita kena tunggu dan lihat bagaimana ini dapat dilakukan.

"Tidak banyak persiapan untuk perlumbaan itu. Saya berlatih sekali sebelum Ramadan, dan saya jangka sekali lagi sebelum perlumbaan bermula," kata Azman kepada pemberita selepas mendedahkan kereta tim SDAP di Porsche Centre, di sini Jumaat.

Azman, yang juga pengerusi Persatuan Motosport Malaysia (MAM), telah menyertai perlumbaan MME sejak 2000 dan muncul pemenang perlumbaan itu pada 2004.

"Sebagai pemandu undangan, saya begitu teruja menjadi sebahagian daripada pengalaman dalam siri kejohanan antrabangsa itu. Tapi saya tidak mengharapkan 'podium finish'.

Tim SDAP adalah usaha kerjasama antara Sime Darby Motors dan anak syarikatnya, Sime Darby Auto Performance, pengimport eksklusif kereta Porsche di Malaysia sejak 2010.

"Ini perlumbaan pertama SDAP selepas penglibatan kami alam motosport dan penyertaan dalam Porsche Carrera Cup Asia adalah langkah wajar seterusnya dalam motosport pelanggan untuk kami.

"Sebagai syarikat kereta sport, kami sentiasa menyokong pelanggan dalam arena perlumbaan jenis ini," kata ketua pegawai eksekutif Arnt Beyer. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan