Jazeman Raih Tempat Ke-10 Dalam Saingan F3 British

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jazeman menduduki podium ke-10 pada aksi hujung minggu lalu.
Jazeman menduduki podium ke-10 pada aksi hujung minggu lalu.

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar meraih tempat ke-10 untuk musim ini dalam saingan F3 British International Series 2012 yang berlangsung di Snetterton, Norfolk, hujung minggu lalu.

Dalam saingan perlumbaan pertama yang terpaksa diberhentikan selepas bendera merah dikibarkan akibat hujan lebat, Jazeman menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Perlumbaan kedua menyaksikan Jazeman berjaya menaiki podium dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala dalam perlumbaan ketiga keadaan hujan lebat sedikit menjejaskan aksi pelumba muda ini berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Keputusan perlumbaan minggu ini membantu Jazeman berada di tangga ketiga dalam senarai keseluruhan.

“Saya begitu kecewa dengan keputusan pada perlumbaan pertama kerana saya bermula dengan cukup baik dan yakin dapat naik ke podium. Namun ia tidak menjadi kenyataan.

"Keadaan hujan juga menyebabkan perlumbaan terpaksa dibatalkan namun keputusan itu tepat memandangkan air bertakung di litar dan merbahaya kepada pelumba.

"Keputusan podium pada perlumbaan kedua amat penting kepada saya kerana saya tidak mahu kehilangan banyak mata lagi.

"Perlumbaan ketiga juga agak baik kepada dan dengan ketiga-tiga keputusan ini, pemburuan saya untuk merebut mahkota kejuaraan musim ini masih ada,” jelas Jazeman.

“Perlumbaan selepas ini hanya tinggal enam pusingan dan saya akan berjuang sehingga ke saat akhir dan meraih keputusan terbaik. Saya ada beberapa minggu sebelum pusingan berikutnya, jadi bagi mengekalkan prestasi terbaik ketika ini, saya akan beraksi dalam saingan F3 Euro Series," katanya.

Selepas ini Jazeman akan menyertai perlumbaan F3 Euro Series yang akan berlangsung pada 18 dan 19 September di Nurburgring, Jerman.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan