Masalah Taktikal Punca Utama Kalah Dalam Acara Lebuh Raya - Pelumba

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Dua pelumba negara, Muhamad Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusli menyifatkan punca kegagalan mereka dalam acara berbasikal lebuh raya pada Sabtu lepas kerana masalah taktikal dan bukannya kurang ketahanan mental dan fizikal.

Menurut mereka ketika pasukan lain layak secara merit ke Olimpik dengan lima pelumba bagi setiap negara, Malaysia pula layak ke temasya itu menerusi kouta bagi negara dan dihadkan kepada dua pelumba sahaja.

"Daripada segi taktikal, sukar bagi kami berdua untuk merancang strategi berbanding jika mempunyai sokongan secukupnya seperti mempunyai tiga lagi pelumba sepasukan," kata mereka, di sini Isnin.

Pada perlumbaan sejauh 250km itu, Muhamad Adiq Husainie dan Amir Mustafa diarahkan berhenti oleh komisar kerana ketinggalan 18 minit di belakang pendahulu ketika perlumbaan berbaki 50km lagi.

Mungkin silap kami kerana agak leka ketika di kawasan berbukit, kata Muhamad Adiq yang akan berlepas ke Amerika Syarikat esok bagi menyertai Perlumbaan Utah.

Pelumba berusia 21 tahun dari Terengganu itu, yang menyertai kelab Champion System berpangkalan di Belgium, berkata sejak Januari lepas, beliau banyak menyertai sirkit di sekitar Eropah dan Amerika Syarikat sebagai persediaan ke Olimpik London.

"Walaupun jarak perlumbaan sirkit tersebut di antara 120km hingga 180km sahaja berbanding 250km pada sukan Olimpik, ia bukan masalah. Masalahnya kerana kami hanya berdua di London dan tidak dapat merancang strategi seperti pasukan yang mempunyai lima pelumba," katanya.

Sementara Amir Mustafa dari kelab Drapac Professional Cycling yang berpangkalan di Australia akan kembali ke Malaysia dahulu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum menyertai kelabnya kembali.

Pelumba berusia 25 dari Terengganu itu mengakui rasa kecewa ketika beraksi di temasya Olimpik pertamanya.

"Mujur jurulatih John Beasley kata, kami muda lagi dan perlukan lebih pengalaman bila bersaing di Olimpik," katanya yang berlatih di Belgium selama tiga bulan sebelum ke temasya terbesar dunia ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan