F1 GP Hungary: Hamilton Peroleh Petak Pertama

Diterbitkan: Sabtu, 28 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUDAPEST: Lewis Hamilton berjaya memperoleh petak pertama ketiganya pada musim ini pada Grand Prix Hungary pada Sabtu selepas mendahului sesi ujian masa dua hari berturut-turut.

Rakan sepasukannya daripada Mc Laren, Jenson Button pula barisan kedua selepas menjadi peserta keempat terpantas pada sesi kelayakan di litar Hungroring pada Sabtu.

Frenchman Romain Grosjean daripada pasukan Lotus berjaya menjadi pelumba kedua terpantas dan diikuti dengan Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull di tempat ketiga.

Sementara itu, rakan sepasukan Vettel, Mark Webber yang kini dikedudukan kedua kejohanan dunia hanya berjaya ditempat kesebelas dan akan memulakan perlumbaan di barisan keenam.

Juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher juga gagal mendapat tempat ketiga.

Manakala pendahulu keseluruhan Fernando Alonso daripada Ferrari berada di tangga keenam. -REUTERS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan