Moto3: Zulfahmi Raih Kedudukan Kesembilan Di Litar Mugello

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zulfahmi (63) mendahuli pelumba-pelumba lain pada permulaan perlumbaan kategori Moto3 di Litar Mugello.
Zulfahmi (63) mendahuli pelumba-pelumba lain pada permulaan perlumbaan kategori Moto3 di Litar Mugello.

PENUNGGANG Malaysia dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo, Zulfahmi Khairuddin berjaya menamatkan perlumbaan Pusingan 8 Moto3 di Litar Mugello dalam kedudukan kesembilan.

Zulfahmi yang menunggang jentera KTM melepasi garisan penamat di tempat kesembilan sekali gus masih mengekalkan kedudukan keseluruhan dunia di tangga ke-6.

Bermula di petak ketujuh, Zulfahmi berada dalam kelompok terawal perlumbaan, namun selepas lap kesembolan, dia mula dikejarkan pelumba-pelumba lain.

"Saya tidak cukup tenaga kerana mengalami selsema yang membuatkan saya sukar bernafas. Bagaimana pun ia perlumbaan yang sengit dan saya mampu menamatkan aksi dengan baik.

"Saya perlu berpuas hati dengan keputusan ini. Saya memiliki keyakinan yang baik pada aksi musim ini dan menaruh harapan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik selepas ini," jelasnya dalam satu kenyataan selepas perlumbaan awal pagi Isnin.

Perlumbaan pusingan ini dikuasai oleh penunggang dari pasukan FTR Honda, Maverick Vinales, diikuti Romano Fenati (FTR Honda ), manakala tempat ketiga dimenangi oleh rakan sepasukan Zulfahmi, Sandro Cortese.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung Grand Prix Indianapolis, Amerika Syarikat.

Keputusan penuh Moto3;

1. Maverick Vinales Spain- FTR Honda 39.57,374

2. Romano Fenati Italy-FTR Honda + 0,020

3. Sandro Cortese -Red Bull KTM Ajo, KTM + 0,071

4. Niccolo Antonelli- FTR Honda + 5,78

5. Danny Kent-Red Bull KTM Ajo, KTM + 5,836

6. Efren Vazquez -JHK Laglisse, FTR Honda + 5,860

7. Alex Rins Spain-Suter Honda + 5,906

8. Jakub Kornfeil-Redox-Ongetta-Centro Seta, FTR Honda + 18,195

9. Zulfahmi Khairuddin Malaysia, AirAsia-Sic-Ajo, KTM + 19,232

10. Hector Faubel - Mapfre Aspar Team Moto3, Kalex KTM + 19,308

Kedudukan keseluruhan selepas Pusingan 8:

1. Cortese 164

2. Vinales 155

3. Luis Salom Spain, Kalex KTM 104

4. Fenati 85

5. Masbou 75

6. Zulfahmi 66

7. Rins 63

8. Louis Rossi France, FTR Honda 56

9. Antonelli 55

10. Kent 53

11. Vazquez 50

12. Faubel 44

13. Miguel Oliveira Portugal, Suter Honda 39

14. Arthur Sissis 38

15. Alberto Moncayo 36

18. Ajo 21

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan