Zulfahmi Tekad Raih Podium Pertama Di Litar Assen

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penunggang sensasi Moto3 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin bertekad menjadikan perlumbaan pusingan ketujuh MotoGP di Litar Assen, Belanda Sabtu ini sebagai medan meraih podium pertama selepas berjaya menduduki tempat keempat di Litar Estoril, Portugal Mei lepas.

Penunggang AirAsia-SIC-Ajo berusia 20 tahun itu yang kurang berpuas hati dengan prestasi jenteranya selepas berada di tempat kesembilan dan mengutip tujuh mata di Litar Silverstone, United Kingdom minggu lepas, kini bersiap sedia berdepan dengan saingan di litar tersebut, hujung minggu ini.

Zulfahmi kini berada di kedudukan ketujuh dunia, berkongsi 44 mata dengan Alex Rins, penunggang pasukan Estrella Galicia yang berada di tangga keenam selepas enam pusingan perlumbaan musim ini.

"Saya amat berharap cuaca di Assen membantu saya mencatatkan masa yang lebih baik seterusnya membolehkan saya berada di kedudukan lima penunggang terbaik.

"Saya mengharapkan doa serta sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada rakan-rakan dan penyokong saya di Malaysia. Terima kasih kerana anda semua tidak putus-putus menyokong saya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata sokongan penuh sentiasa diberikan kepada penunggang muda itu untuk terus melakar nama di arena MotoGP.

"Melihat kepada prestasi Zulfahmi yang semakin memberangsangkan dalam setiap perlumbaan, berada di kedudukan podium adalah sesuatu yang bukan mustahil untuk beliau. Sokongan serta semangat yang berterusan daripada semua pihak amat membantu Fahmi bagi menaikkan semangatnya mencapai kedudukan teratas," katanya.

Razlan berkata beliau tidak mahu terus memberikan tekanan kepada Zulfahmi mengejar kedudukan podium kerana apa yang lebih penting adalah supaya sentiasa fokus dalam setiap perlumbaan.

"Tanggungjawab yang digalas Fahmi adalah besar kerana beliau membawa bersama harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat beliau berada di kedudukan teratas. Jadi untuk mencapai misi tersebut, beliau perlu sentiasa fokus dan bersedia pada setiap perlumbaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan