Schumacher Gembira Naik Podium Di Valencia

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Schumacher meraih kemenangan podium pertama selepas kembali berlumba sejak 2010.
Schumacher meraih kemenangan podium pertama selepas kembali berlumba sejak 2010.

PELUMBA veteran Jerman, Michael Schumacher akhir berjaya menaiki podium yang ke-155 pada perlumbaan pusingan kelapan Grand Prix Eropah di Litar Valencia, Ahad.

Schumacher yang kembali menghangatkan litar perlumbaan pada tahun 2010 selepas mengambil keputusan bersara 2007-2009 membuktikan dirinya masih berkuasa biarpun mengambil masa sehingga perlumbaan ke-99 untuk menaiki podium.

Ia merupakan kejayaan pertama buat bekas juara dunia tujuh kali ini sejak dua tahun lalu bersama pasukan Mercedes.

Bagaimana pun, Schumacher mengakui dia tidak sedar berada di kedudukan ketiga sehinggalah dia melepasi garisan penamat.

"Saya langsung tidak terfikir untuk menaiki podium atau pun sedar melepasi garisan penamat sehingga saya bertanyakan kepada rakan sepasukan.

"Saya lihat pitboard menunjukkan nama Mark Webber dan nampak tanda lapan dan tujuh serta saya rasakan salah satu nombor di depannya itu adalah milik saya.

"Dan rakan sepasukan memberitahu saya berada di kedudukan ketiga, sekali gus podium. Saya seperti tidak mempercayainya.

"Ia sesuatu yang tidak dijangkakan kerana sebelum itu saya sedikit tergugat selepas agak sibuk dengan lap terakhir, lebih-lebih lagi ketika itu timbul isu di antara Lewis Hamilton dan Pastor Maldona.

Pelumba 43 tahun ini berkata, dia sedikit beremosi apabila meraih kejayaan podium ini setelah beberapa kali mencuba selepas kembali dalam perlumbaan F1.

"Ia adalah saat yang sukar digambarkan, tetapi tidak dinafikan perasaan gembira selepas kembali berlumba," katanya yang meraih gelaran juara terakhir pada GP China, 2006.

Profil Michael Schumacher

Rekod: Juara 7 kali (1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004)

Menang: 91

Podium: 155

Perlumbaan pertama: 1991- Grand Prix Belgium

Kejayaan pertama : 1992 - Grand Prix Belgium

Kemenangan terakhir : 2006 - Grand Prix China

Podium terbaru: GP Eropah - Ketiga (Jun 2012)

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan