Hafizh Catat Kedudukan Lima Terbaik Di Catalunya

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafidz berjaya menaiki podium di Catalunya.
Hafidz berjaya menaiki podium di Catalunya.

PELUMBA Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada perlumbaan final Pusingan 4 CEV Buckler 2012 Kejuaraan Motosikal Sepanyol di Litar Antarabangsa Catalunya di Sepanyol, Ahad.

Walaupun dikelaskan antara pelumba rookie musim ini, Hafizh membuktikan dia bukan pelumba sebarangan apabila berjaya menamatkan perlumbaan 16 lap kelas Moto2 di tempat kelima dengan catatan masa keseluruhan 29 minit 14.245 saat.

Ini merupakan kali kedua Hafizh menamatkan perlumbaan di tempat kelima selepas dia membuat penampilan pertama pada pusingan pembuka di Litar Antarabangsa Jerez April lalu.

Sementara itu, pelumba Sepanyol Jordi Torres menjuarai perlumbaan dengan catatan masa 29'08.877s diikuti Kenny Noyes dari Amerika dan Roman Ramos dengan catatan masa 29'12.625s dan 29'12/674s masing-masing. Tempat keempat pula dimenangi Alejandro Marinelarena dengan 29'12.758s.

"Saya amat gembira untuk muncul di kalangan lima pelumba terbaik ini dan saya sangat berterima kasih kepada para mekanik pasukan kerana menyediakan sebuah pelarasan yang amat baik sekali.

"Saingan hari ini amat mencabar sekali, ditambah pula cuaca agak panas. Saya memulakan perlumbaan dengan baik untuk mencuri posisi kedua di belakang Noyes pada lap pertama tetapi Torres jelas lebih hebat apabila dia memintas kami pada lap kedua.

"Selepas itu, saya dipintas Ramos dan Marinelarena yang lebih berpengalaman. Dari situ, saya cuma kekalkan rentak konsisten sehingga ke garisan penamat," jelas Hafizh.

Menurut Hafizh, sebab utama yang menghalangnya dari mencatat keputusan lebih baik ialah kekurangan pengalaman menjadi isu utama.

"Pelumba lain jauh lebih berpengalaman dan lebih biasa bersaing di dalam Moto2 ini manakala ini merupakan musim pertama saya.

"Walau bagaimanapun, saya amat gembira sekali untuk muncul tempat kelima di sini (Catalunya). Ia menunjukkan saya berada di landasan tepat dan kedudukan podium amat hampir sekali.

"Tetapi, sebelum itu masih banyak perlu saya tingkatkan sebelum kami ke Litar Antarabangsa Albacete untuk Pusingan 5 bulan hadapan," katanya.

Hafizh mengutip 31 mata untuk menduduki tangga keenam dalam carta keseluruhan Moto2 manakala Jordi Torres mengetuai dengan 85 mata. Noyes mengambil kedudukan kedua dengan 58 mata dan Ramos ketiga, 56 mata.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan