Pusingan Ke-3 Drag Battle Dijangka Sengit Hujung Minggu Ini

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peserta-peserta bersedia untuk memulakan aksi pada perlumbaan sebelum ini.
Peserta-peserta bersedia untuk memulakan aksi pada perlumbaan sebelum ini.

PUSINGAN Ke-3 Drag Battle akan meneruskan aksi di Litar Sepang di Litar Antabangsa Sepang (SIC) Sabtu ini.

Drag Battle merupakan satu-satunya kejohanan drag yang telah diiktiraf oleh badan sukan bermotor Malaysia, Automobile Association of Malaysia (AAM) dijangka akan mencetuskan emosi yang lebih mendebarkan memandangkan setiap peserta cuba mengekalkan kedudukan terbaik masing-masing.

Selain itu, acara ini juga dijangka mampu menarik minat komuniti sukan bermotor kerana tujuan sebenar ia diadakan adalah untuk memulihkan serta memberikan impak yang positif terhadap insiden yang telah berlaku di kejohanan drag di Putrajaya.

Tidak dinafikan, insiden tersebut telah mencetuskan perdebatan hebat di kalangan media, dan menyebabkan satu tamparan hebat terhadap sukan drag, yang telah dipromosikan secara berterusan SIC sejak penubuhannya dalam usaha untuk mempromosi dan memupuk minat untuk menyertai sukan bermotor di Malaysia.

Disamping itu, SIC juga berperanan menjadikan acara sukan bermotor sebagai satu budaya di kalangan rakyat untuk jangka masa yang panjang.

"Apa yang telah berlaku di Putrajaya adalah diluar jangkaan. Tetapi usaha untuk mempromosikan sukan drag di Malaysia perlu diteruskan.

"Kita perlu memandang ke hadapan. Sukan ini mempunyai ramai pengikut di Malaysia dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih jauh.

"Kami di SIC amat komited untuk memastikan sukan ini berkembang dengan lebih jauh seperti sukan-sukan permotoran yang lain.

Kami akan menganjurkan pusingan ketiga Sepang Drag Battle pada hari Sabtu ini, dan saya amat mengalu-alukan semua peminat sukan ini datang ke litar dan kita sama-sama menyaksikan sukan drag ini, di mana ia dianjurkan di dalam keadaan yang selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

Dipromosi dan dianjurkan oleh SIC, Sepang Drag Battle telah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang semenjak tahun 2003 di mana ia bermula sebagai sebuah kelab sebelum dibangunkan dan menjadi acara yang diiktiraf oleh AAM pada tahun 2005.

Dengan penyertaan sehingga 100 buah kereta dan para pemandu yang datang dari jauh seperti dari negeri Terengganu dan Johor, setiap pusingan akan menarik perhatian sehingga 5,000 pengunjung termasuk dari luar Lembah Klang.

Menggunakan sistem masa yang sofistikated dan terkini, perlumbaaan ini berlangsung di litar lurus sepangjang 402 meter pada malam Sabtu, dan penonton boleh menyaksikannya sama ada di Grandstand Utama atau di bahagian bumbung di kawasan Paddock.

"Sebagai acara yang diiktiraf oleh AAM dan mendapat kebenaran daripada pegawai AAM, semua langkah keselamatan telah dipatuhi seperti apa yang telah ditetapkan oleh badan yang mentadbir sukan bermotor dan dikendalikan oleh para pegawai yang terlatih.

"Sukan permotoran memang merbahaya, tetapi dengan semua keperluan keselamatan yang lengkap, ia menjanjikan satu pengalaman yang mengasyikkan buat pelumba dan penonton," kata Razlan, yang merupakan seorang bekas pelumba dan kini mengetuai Motorsports Association of Malaysia.

Tiket untuk acara ini dijual pada harga RM10 di Grandstand Utama dan untuk tiket di kawasan paddock, ia dijual pada harga RM50 di mana para penonton berpeluang untuk menyaksikan perlumbaan ini dengan lebih dekat.

Tidak ketinggalan juga, para penonton juga turut berpeluang untuk melihat bagaimana krew terlibat menyediakan kereta-kereta yang bakal digunakan didalam perlumbaan ini.

Bagi pusingan ketiga yang bakal berlangsung ini, fokus para penonton akan lebih tertumpu kepada Nur Faizun Nasri telah berjaya menjuarai dua kategori iaitu Kelas D untuk kategori enjin turbo 2000cc dan ke bawah serta Kelas F untuk kategori enjin non V-Tech bagi dua pusingan berturut-turut dan mengutip 10 mata.

Tidak terkecuali buat Mohd Iqbal Ismail Tajinder, beliau kini mendahului Kelas C bagi kategori enjin 2000cc.

Dia mempunyai kelebihan 6 mata berbanding pencabar terdekatnya Ikhmy Adzwan Jamuri dan 7 mata lebih daripada adiknya sendiri iaitu Mohd Iqram Ismail Tajinder.

Kejuaraan diantara 2 kategori – Kelas A dan Kelas B amat sengit dengan menyaksikan 2 nama besar iaitu Wan Mohd Salimee dan Tan Wai Loong.

Wan Mohd Salimee menggungguli kategori terbuka dengan mengutip 5 mata dan berkongsi kedudukan teratas bersama Tan Wai Loong, juara bagi pusingan pertama.

Kelas B didahului oleh Mohd Syukri Mohd Nor dan Chua Soon Chuan dengan kutipan 5 mata dan dicabar oleh Nur Faizun dan Ahmad Firdaus yang masing-masing mengutip 3 mata.

Bagi kategori kereta kompak, Kelas E didahului oleh Hamdani Abdul Ghani yang telah mengutip 6 mata sepanjang dua pusingan yang telah berlangsung.

Kutipan mata selepas Pusingan Ke-2

Kelas A

Kategori Terbuka

1.Tan Wai Loong (Mitsubishi Evo 3) 6 mata

2. Sheikh Mohd Salimee (Nissan Skyline) 6 mata

3. Mohd Zaidi Amzah (Proton Wira) 5 mata

4. Suzaimi Ahmad (Daihatsu Charade) 5 mata

Kelas B

Pacuan dua roda (forced induction)

1.Mohd Syukri Mohd Nor (Proton Satria) 5 mata

2. Chua Soon Chuan (Honda) 5 mata

3. Ahmad Firdaus Azman (Honda Civic) 3 mata

4. Nur Faizun Nasri (Honda Civic) 3 mata

5. Khairul Anwar (Proton Satria) 3 mata

6. Muhammad Ridzwan Ahmad (Honda Civic) 2 mata

7. Mohd Maziz Abdullah (Honda Civic) 1 mata Kelas C

Pacuan dua roda dengan enjin 2000cc

1.Mohd Iqbal Ismail Tajinder (Honda CRX) 10 mata

2. Ikmy Adzwan Jamuri (Honda Civic) 4 mata

3. Mohd Iqram Ismail Tajinder (Honda) 3 mata

4. Ahmad Firdaus Azman (Honda Civic) 3 mata

5. Hairul Izani Mohd Ashror (Honda CRX) 2 mata Kelas D

Pacuan dua roda dengan enjin turbo 2000cc dan kebawah

1.Nur Faizun Nasri (Honda Civic) 10 mata

2. Muhammad Ridzuan Ahmad (Honda Civic) 4 mata

3. Mohd Sani Ali (Proton Satria) 3 mata

4. Khairul Anwar (Proton Satria) 2 mata

5. Mohd Iqbal Ismail Tajinder (Proton Satria) 2 mata

6. Ismarizan Ishak (Proton Satria) 1 mata Kelas E

Kereta kompak

1.Hamdani Abdul Ghani (Perodua Kelisa) 6 mata

2. Mohd Nasir Abdul Aziz (Perodua Kancil) 5 mata

3. Azery Mohd Norzali (Perodua Kancil) 4 mata

4. Mohd Afizi Abdullah (Perodua Kancil) 3 mata

5. Azizul Ariff Mohd Zaki (Perodua Kancil) 3 mata

6. Mohd Al Hafiz Mohd Sharip (Perodua Kancil) 1 mata Kelas F

Kereta dengan enjin non V-Tech

1.Nur Faizun Nasri (Honda CRX) 10 mata

2. Gan Kim Koa (Honda EF) 3 mata

3. Azery Mohd Norzali (Proton Satria) 3 mata

4. Zulkifli Zainal Abidin (Honda CRX) 2 mata

5. Ahmad Firdaus Azman (Proton Satria) 1 mata

6. Nazrul Idham Mohd Noh (Proton Satria) 1 mata

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan