Nabil Cemerlang Di Sepang

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAINGAN Litar Sepang untuk acara JK Racing Asia Series 2012 berakhir pada Ahad dengan pemandu muda negara Nabil Jeffri menduduki tempat kedua keseluruhan dengan mengutip62 mata; ketinggalan lima mata di belakang pemandu Afrika Selatan Aston Hare.

Nabil yang mendapat tempat kedua pada Perlumbaan 4 dan perlumbaan terakhir di Sepang ini menyifatkan pencapaian itu sebagai permulaan musim yang baik dan berazam untuk terus membaikinya pada perlumbaan-perlumbaan akan datang.

"Saya gembira dan saya anggap ia satu pencapaian yang baik," kata Nabil.

Kutipan 62 mata itu dihasilkan daripada dua kemenangan pada Perlumbaan 1 dan 3, tempat keenam pada Perlumbaan 2 pada Sabtu dan juga mata bonus atas kejayaan mendapat mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan pada hari Jumaat.

Aston,rakan sepasukan Nabil dalam pasukan Eurointernational, mendahului dengan 65 mata dalam kejuaraan yang menghidangkan 16 perlumbaan musim ini.

Dua perlumbaan seterusnya akan diadakan di Litar Paul Ricard, Perancis pada bulan depan dengan disusuli dua lagi perlumbaan di litar penuh tradisi Spa-Francorchamps di Belgium pada bulanJulai.

Perlumbaan 9 dan 10 akan diadakan di Singapura semasa kejuaraan Formula 1 Grand Prix Singapura pada bulan September manakala enam lagi baki perlumbaan akan berlangsung di New Delhi, India.

"Saingan kejuaraan masih terlalu jauh. Tetapi, kita mendapat keputusan yang baik di sini. Saya tidak menyangka bahawa saingan terdekat akan datangdaripada rakan sepasukan saya sendiri.

"Tentunya, ini sesuatu yang baik untuk pasukan Eurointernational. Tetapi, seperti yang mereka selalu kata, untuk menang, anda pertama sekali perlu menewaskan rakan sepasukan anda.

"Dan, saya akan terus bekerja keras untuk merealisasikan sasaran saya untuk menjadi juara keseluruhan," kata Nabil, yang merupakan pemandu utama pasukan dan berlumba dengan nombor perlumbaan nombor 1.

Menurut Nabil, saingan Perlumbaan 4 adalah yang paling sukar dan beliau gembira untuk menduduki tempat kedua pada perlumbaan selepas bermula daripada petak keenam dibarisan ketiga.

Kedudukan petak keenam terhasil apabila Nabil terpaksa berpuas hati dengan tempat keenam pada Perlumbaan 2, yang menjadi penentu kedudukan grid bagi Perlumbaan 4.

Pada Perlumbaan 2 itu, Nabil terbabit dalam satu insiden dengan Afiq Ikhwan Yaziddari pasukan Meritus dalam saingan kedua pelumba itu untuk memenangi perlumbaan berkenaan.

JK ASIA RACING SERIES 2012

Keputusan Perlumbaan ke-4

1.Aston Hare (South Africa) 22:27.124

2.Nabil Jeffri (Malaysia) 22:29.50

3.Akash Nandy (Malaysia) 22:31.939

4.Irfan Ilyas (Malaysia) 22:36.709

5. Aidan Wright (Australia) 22:37.053

6. Tan Wei Ron (Malaysia) 22:38.786

7. Danial Hidzir (Malaysia) 22:43.994

8. Josh Raneri (Australia ) 22: 45.109

9. Raj Bharath(India) 22:54.374

10.Vishnu Prasad (India) 23:11.444

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan