Cup Prix: Ramdan Harap Masalah Teknikal Selesai

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ramdan mahu bangkit daripada kekecewaan perlumbaan sebelum ini.
Ramdan mahu bangkit daripada kekecewaan perlumbaan sebelum ini.

PELUMBA Petronas Syntium Moto Yamaha AHM, Mohd Ramdan Mohd Rosli berharap masalah teknikal tidak lagi mengganggunya bagi menebus kekecewaan yang dialami dalam kategori CP130 menjelang perlumbaan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Mahkota, Banting, 26 dan 27 Mei ini.

Sepanjang tiga pusingan lepas, Ramdan masih gagal menaiki podium mahupun berada di kalangan lima pelumba teratas, jauh berbeza dengan pencapaian musim pertamanya dalam kelas CP130 tahun lalu di mana dia memenangi perlumbaan pusingan pembukaan (Kangar) selain meraih tiga kedudukan di atas podium.

Sebaliknya, pelumba 16 tahun itu hanya sekadar menamatkan perlumbaan di tangga keenam pada pusingan pertama di Batu Kawan diikuti tangga ke-11 di Kuala Terengganu (Pusingan2) dan kesembilan di Kangar (Pusingan 3).

Keputusan tersebut sekaligus meletakkan remaja kelahiran Klang itu di tangga ke-10 dalam senarai keseluruhan CP130 dengan kutipan 22 mata, 32 mata ketinggalan kepada pendahulu, Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang telah mengumpul 54 mata setakat ini.

Sementara itu, berada di kedudukan kedua dan ketiga ialah Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) dan pelumba berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin (Faito Motobert Racing), masing-masing dengan 45 mata dan 38 mata.

"Seluruh pasukan menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang tiga pusingan lepas.

"Semua orang telah bekerja keras untuk menyediakan jentera terbaik namun usaha kami masih belum membuahkan hasil sepertimana yang kami harapkan," katanya.

Mengulas lanjut tentang komplikasi teknikal yang dihadapi, Ramdan berkata, pasukannya banyak melakukan percubaan dan eksperimen menggunakan alatan baru terhadap jentera Yamaha kami.

"Semasa di peringkat ujian, ia menunjukkan banyak kemajuan namun sewaktu perlumbaan, ia tidak seperti yang diharapkan.

"Ini mendatangkan banyak kesukaran kepada kami untuk menyaingi pasukan-pasukan lain," jelasnya.

Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan musim ini, Ramdan tidak patah semangat malah jauh dari berputus asa.

"Saya cukup positif untuk memulakan perlumbaan di Banting. Kami telah melakukan beberapa ujian dengan alat ganti baru dan ia menunjukkan banyak peningkatan berbanding tiga pusingan awal.

"Keadaan ini menambahkan keyakinan saya untuk bersaing di kelompok hadapan dan mudah-mudahan nasib turut menyebelahi saya untuk berada di atas podium nanti.

"Melihat kepada dominasi yang dipamerkan kem Honda, ia mungkin satu tugas sukar namun tidak mustahil memandangkan Banting merupakan litar baru dan tidak ada pasukan yang mempunyai kelebihan atau pengalaman beraksi di sini," jelasnya.

Maklumat lanjut, sila hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM)di talian 03-8733 8787 atau lawati laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, www.malaysiancubprix.com

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan