Cup Prix: Faito Motobert Racing Buru Kemenangan Di Banting

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Fazrul menaiki podium pada Pusingan 3 baru-baru ini.
Ahmad Fazrul menaiki podium pada Pusingan 3 baru-baru ini.

PASUKAN Faito Motobert Racing berhasrat untuk terus mengukuhkan kedudukan pendahulu dalam senarai anugerah berpasukan kategori CP130 pada Pusingan 4 yang akan berlangsung di Bandar Mahkota, Banting, 26 dan 27 Mei ini.

Pasukan yang diwakili dua pelumba senior, Ahmad Fuad Baharudin dan Ahmad Fazrul Sham, dianggap mampu memberikan cabaran dan mencipta kejutan dalam perlumbaan kategori CP130 musim ini.

Walaupun kedua-dua pelumba tersebut gagal menaiki podium pada dua pusingan awal di Batu Kawan (Pusingan 1) dan Kuala Terengganu (Pusingan2), namun mereka mempamerkan aksi konsisten menamatkan perlumbaan di kalangan lima pelumba teratas.

Aksi cemerlang mereka berterusan pada Pusingan 3 (Kangar) apabila Fazrul menamatkan perlumbaan di tangga kedua diikuti Fuad di kedudukan ketiga.

Ini sekali gus meletakkan mereka di tangga ketiga dan keempat dalam senarai keseluruhan individu dengan 38 mata dan 33 mata.

Kedudukan teratas pula di sandang oleh Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro Y-TEQ SCK HondaRacing) yang mengumpul 54 mata dan kedua, Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy HondaRacing), 45 mata.

Prestasi konsisten duo ini turut membolehkan Faito Motobert Racing mendahului senarai berpasukan keseluruhan CP130 dengan 71 mata, lima mata mengatasi Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 2 (Azlan Shah Kamaruzaman/Mohd Fitri Asraf Razali) di tangga kedua diikuti Pachie Yuzy Honda Racing (Wan Mohd Hadri Wan Mukhtar /Mohd Zaqhwan Zaidi) ketiga, 52 mata.

"Kami masih baru dalam Kejuaraan ini dan musim lalu merupakan tahun pertama kami.

"Jadi untuk memulakan saingan musim kedua dengan prestasi konsisten yang ditunjukkan Fuad dan Fazrul selain turut mendahului senarai berpasukan keseluruhan, kami seakan tidak percaya dengan apa yang dicapai jika hendak dibandingkan dengan kehebatan pasukan lain," jelas pengurus pasukan, Rosnizam Mohd Noor.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan