Jazeman Jaafar Menang F3 Euro Series Di UK

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jazeman Jaafar terus meraikan kejayaannya dalam musim perlumbaan tahun ini dan pada Ahad beliau memenangi kejayaan pertama dalam F3 Euro Series di Brands Hatch, United Kingdom, hanya seminggu selepas kemenangan pertamanya dalam British F3 di Pau, Perancis.

Untuk minggu kedua berturut-turut, kemenangan yang begitu membanggakan bagi rakyat Malaysia itu ketika berdiri di atas podium dengan Jalur Gemilang dikibarkan dan diiringi dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku, bagi meraikan kejayaannya.

Jazeman, 19, yang bertanding sebagai pemandu jemputan di Brands Hatch, mengambil peluang menyertai F3 Euro Series bagi menimba pengalaman perlumbaan dan berlumba di trek perlumbaan yang baru bagi beliau.

Beliau berhempas pulas pada setiap pusingan dan dengan berbekalkan kematangan dan keyakinan itu untuk kekal di hadapan dalam perlumbaan seterusnya walaupun banyak usaha untuk merampas kedudukan itu daripadanya untuk mencatat kemenangan pertama dalam F3 Euro Series dan yang pertama oleh seorang pelumba Malaysia.

Kemenangan itu menurut Jazeman adalah satu perlumbaan yang hebat dan beliau benar-benar gembira untuk mencatat satu lagi kemenangan, kali ini dalam F3 Euro Series selepas meraih kemenangan pertama dalam perlumbaan British F3 di Pau, Perancis, minggu lepas.

Musim perlumbaan yang sibuk bagi Jazeman akan berlanjutan dengan perjalanan singkat ke Monaco minggu depan sebagai sebahagian daripada program bakat Petronas bagi Formula 1 Monaco Grand Prix, di mana beliau akan berada dalam petak perlumbaan bersama pasukan Formula Satu Mercedes AMG PETRONAS. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan