GP Sepanyol: Maldonado Tawan Litar Catalunya

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maldonado juara Pusingan 5 Grand Prix di Sepanyol, Ahad.
Maldonado juara Pusingan 5 Grand Prix di Sepanyol, Ahad.

PASTOR Maldonado melakar sejarah merangkul kemenangan pertama dalam Formula Satu (F1) di Barcelona , sekali gus menamatkan penantian lapan tahun Williams yang kali terakhir memenanginya pada tahun 2004.

"Ini hari menggembirakan buat saya dan pasukan. Perlumbaan yang tidak akan dilupakan.

"Ia perlumbaan yang sukar, dengan strategi dan beberapa pusingan yang kami terpaksa bergelut. Namun jentera amat kompetitif sejak pusingan pertama lagi," kata pemandu dari Venezuela.

Kejayaan Maldonado yang mencatat masa sejam 39 minit 9.145 saat di Litar Catalunya, memberikan Williams kemenangan kali ke-114 keseluruhan, selepas menunggu lama sejak kali terakhir Juan Pablo Montoya memenangi Grand Prix Brazil 2004.

Pelumba tuan rumah, Fernando Alonso menamatkan perlumbaan di tempat kedua, ketinggalan 3.1 saat manakala pemandu Lotus, Kimi Raikkonen ketiga.

Rakan sepasukan Raikkonen dari Lotus, Romain Grosjean menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala pemandu Sauber dari Jepun, Kamui Kobayashi kelima dan penyandang juara, Sebastian Vettel di tempat keenam.

Walaupun bermula di petak terakhir, Lewis Hamilton masih mampu menamatkan saingan di tempat kelapan.

Pusingan 6 GP akan berlangsung di Monaco, 27 Mei ini.

KEDUDUKAN PEMANDU SEHINGGA PUSINGAN 5

1. Sebastian Vettel Red Bull 61 mata

2. Fernando Alonso Ferrari 61

3.Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 53

4. Kimi Räikkönen Lotus-Renault 49

5. Mark Webber Red Bull Racing-Renault 48

6.Jenson Button McLaren-Mercedes 45

7. Nico Rosberg Mercedes 41

8. Romain Grosjean Lotus-Renault 35

9. Pastor Maldonado Williams-Renault 29

10. Sergio Perez Sauber-Ferrari 22

KEDUDUKAN JENTERA SEHINGGA PUSINGAN 5

1. Red Bull Racing-Renault 109 mata

2. McLaren-Mercedes 98

3. Lotus-Renault 84

4. Ferrari 63

5. Mercedes 43

6.Williams-Renault 43

7.Sauber-Ferrari 41

8.Force India-Mercedes 18

9.STR-Ferrari 6

10.Marussia-Cosworth 0

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan