Piala Impian Asia Tawar Slot Wildcard Ke MotoGP 2013

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Buat julung kalinya, Piala Impian Asia (ADC) diperkenalkan khas untuk pelumba-pelumba muda yang terpilih melibatkan sembilan negara Asia yang akan beraksi seiring dengan Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Sepang Antarabangsa (SIC), minggu ini.

Kelas perlumbaan baru ini pastinya lebih meriah dengan hadirnya 16 pelumba muda dari Malaysia, Jepun, Australia, Thailand, India, Indonesia,Filipina, Taiwan dan Singapura bakal menunggang jentera CBR250R model pengeluaran menyamai kelas Moto3 yang mula diperkenalkan di MotoGP pada tahun ini.

Apa yang menarik, dua pelumba yang mengutip mata terbaik sepanjang perlumbaaan tahun ini berpeluang mengisi dua slot wildcard untuk beraksi pada perlumbaan MotoGP tahun depan.

Program biasiswa selama lima tahun ini menerima sokongan penuh daripada Honda Motor Co Ltd, Jepun bakal menyaksikan pelumba-pelumba yang cemerlang beraksi bersama-sama dengan pelumba dunia lain dalam kategori Moto3.

"Dengan memperkenalkana biasiswa ADC ini, ia secara langsung memberi impak besar kepada dunia permotoran Asia serta peluang terbaik untuk pelumba-pelumba Asia mempamerkan kehebatan di peringkat tertinggi.

“Bagi pelumba Asia, untuk beraksi ke MotoGP ia memerlukan tajaan. Sebahagian besar pelumba Asia yang sudah mencapai peringkat tertinggi telah terbantut disebabkan oleh kekurangan program yang setimpal.

"Namun melalui program ini, kami berharap ia mampu menyelesaikan masalah tersebut dan kami akan berganding bahu untuk mencapai impian pelumba-pelumba Asia," jelas Pengurus Permotoran Honda Motor Co.Ltd, Hiroyuki Fujiwara.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg berkata, pihaknya berharap pelumba-pelumba yang terpilih akan menggunakan peluang dalam ADC ini sebaik-baiknya.

“Program ini ditawarkan kepada sembilan negara yang sememangnya aktif dalam dunia permotoran di Asia.

"Mungkin selepas ini ada beberapa lagi negara lain akan menyertai ADC ini, namun buat masa sekarang kita tumpukan kepada pelumba-pelumba yang ada sekarang.

"Apa yang paling penting, kita lebih menumpukan kepada kualiti pelumba berbanding kuantiti dan program ini akan diteruskan dalam tempoh beberapa tahun lagi,” katanya.

Selain itu, pasukan Honda Malaysia diwakili oleh dua pelumba tempatan yang menjadi pilihan untuk menggalas cabaran negara iaitu Sasitharen Sukumaran (Sasi) dan Mohd Fitri Ashraf Razali.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan