Kejayaan Zulfahmi Bawa Anjakan Baru Dalam Arena Permotoran Negara - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin menduduki tempat keempat pada Grand Prix Portugal di Estoril semalam membawa satu anjakan baru kepada arena permotoran negara, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bercakap sebelum menjawab pertanyaan di Dewan Negara pada Isnin, beliau berkata kejayaan pelumba kelahiran Banting, Selangor itu menamatkan perlumbaan di tempat keempat daripada 12 pusingan dengan disaingi nama-nama besar dalam arena tersebut membuktikan Malaysia tidak ketandusan bakat untuk diketengahkan menjadi pelumba bertaraf antarabangsa.

Katanya kejayaan itu tentunya memberi makna yang cukup mendalam kepada Zulfahmi yang sebelum ini hanya bergelar 'mat rempit', manakala bagi kementerian, menamatkan perlumbaan di tempat keempat telah membawa Malaysia ke tahap lebih baik dalam arena sukan bermotor.

"Sebelum saya mengemukakan jawapan, saya ingin merakamkan tahniah kepada seorang pelumba motosikal negara, Zulfahmi Khairuddin yang semalam telah menamatkan perlumbaan tempat keempat di Litar Estoril, Portugal.

"Dalam kalangan pelumba seluruh dunia yang bertanding, beliau telah membawa nama Malaysia ke tahap terbaik dalam arena motosport, khususnya dalam kategori motosikal," katanya sebelum menjawab pertanyaan Senator Rohani Abdullah di Dewan Negara di sini.

Ahmad Shabery berkata Zulfahmi adalah seorang anak muda yang dulunya merupakan seorang 'mat rempit' yang telah diberi kesempatan untuk membina kemampuannya dengan diberi tajaan tertentu yang akhirnya telah meletakkan beliau diiktiraf sebegai seorang daripada pelumba terbaik dalam arena itu ketika ini.

"Usaha kementerian dalam memajukan sukan bermotor tidak terhenti setakat itu sahaja di mana ketika ini terdapat 10 anak muda berusia antara 18 hingga 20 tahun sedang dilatih dan dikembangkan bakat mereka untuk diketengahkan menjadi pelumba bertaraf dunia," katanya.

Walaupun cita-cita untuk menjadi pelumba pertama Malaysia menaiki podium pada perlumbaan motosikal dunia tidak kesampaian, kedudukan tempat keempat itu merupakan posisi paling cemerlang dalam karier Zulfahmi selepas beraksi pada tahun ketiga dalam saingan Moto3 bersama pasukan AirAsia-Sic-Ajo.

Pada perlumbaan itu, Zulfahmi memulakan perlumbaan dari petak kelima, namun pada pusingan kedua dia menduduki tempat keenam sebelum kembali merampas kedudukan tersebut dan melonjak ke tempat keempat pada pusingan kesembilan.

Pada pusingan ke-11 dia berjaya memintas Salom untuk menduduki tempat ketiga namun ketika berbaki satu pusingan lagi dia dipintas semula pelumba Sepanyol itu.

Berhubung pertanyaan Rohani adakah kerajaan bercadang menyediakan kemudahan litar 'motocross' di setiap daerah bagi mengelakkan kegiatan mat rempit, Ahmad Shabery berkata buat masa ini kementerian tidak mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

"Tetapi kementerian sentiasa bekerjasama dengan banyak pihak termasuk swasta dan NGO bagi mengadakan program yang disebut sebagai win-win situation yang menggunakan litar-litar motocross sedia ada termasuk litar di Bandar Puncak Alam, Selangor; Kuala Ketil, Kedah; Sungai Panching, Pahang dan di Juru, Pulau Pinang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan