Pelumba Motocross Wanita, Pencabar Kepada Penunggang Lelaki

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sukan motocross merupakan sukan lasak yang biasanya didominasi oleh pelumba lelaki yang lebih agresif menunggang dan mengawal motosikal dalam keadaan laluan yang berbukit serta berlandai.

Namun bagi Nor Shamira Nor Azahar, 17, dari Ipoh, Perak, dia merupakan antara tiga peserta wanita yang bersaing bersama peserta lelaki pada Kejohanan Motocross Terbuka 1Malaysia di Naka, Kuala Nerang dekat sini semalam.

Dia telah menunjukkan persembahan yang sama hebat dengan peserta lelaki.

Pada kejohanan ini, dia menunggang Honda CR250F yang bernilai RM29,000 mewakili pasukan Renger MX Racing Team di bawah bimbingan bapanya Nor Azahar Ismail, 56.

Namun pelajar Tingkatan Lima Sekolah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah ini sekadar menduduki tempat ke-10 dari 20 peserta yang bertanding dalam acara Novis, disebabkan masalah teknikal pada motosikalnnya.

Pada kejohanan yang sama tahun lalu, Nor Shamira yang telah menyertai lebih daripada 50 kejohanan di dalam dan luar negara, merupakan johan bagi kategori Novis.

Antara kejayaan lain yang pernah dicapainya ialah muncul johan bagi kategori Junior pada Kejohanan Terbuka Malaysia pada 2009.

Menceritakan tentang minatnya dalam sukan permotoran, dia berkata dia mula menceburinya ketika berusia 12 tahun dengan mengikuti bapanya berlatih di litar berhampiran rumah mereka.

"Saya ceburi bidang ini sebagai hobi sahaja untuk melepaskan tekanan dan saya berazam mencapai tahap yang boleh membanggakan Malaysia di persada antarabangsa," katanya

Dua lagi peserta wanita yang mengambil bahagian pada kejohanan di Naka itu ialah pelumba adik beradik Wan Nur Syasya Wan Mohd Jafri, 14, dan adiknya Wan Nur Syamimi, 12, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Nur Syasya menyertai acara Junior mewakili Bintang Muda MX Team sementara adiknya dalam kategori Pelumba Harapan.

"Memang seronok sertai sukan ini dan dapat bersaing dengan peserta lelaki. Malah melalui sukan ini, kita juga dapat menghindarkan diri dari gejala sosial yang boleh merosakkan diri kita. Kita juga mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga kita," kata Nur Syasya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan