Suzuki Mengorak Langkah Cari Bakat Baru

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

USAHA untuk melahirkan lebih ramai pelumba-pelumba muda tempatan pada masa ini turut mendapat sokongan daripada satu lagi nama besar dalam industri pemotoran tempatan iaitu Suzuki.

Tampil dengan perlumbaan kategori satu Pengeluar Cabaran Suzuki Belang R, usaha positif Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd ini dilihat bakal memberikan lebih persaingan serta kepelbagaian dalam kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012.

Seramai 18 pelumba bakal beraksi di dalam kategori one-make baru ini.

Mereka dipilih setelah memenuhi kriteria yang ditetapkan pihak pengurusan Suzuki Assemblers Sdn Bhd dan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan pada sesi-pemilhan di Litar Go-Kart Universiti Utara Malaysia, Kedah pada 7 dan April lalu.

Sesi pemilihan tersebut dikendalikan oleh Ang Woo Seong selaku koordinator dan dibantu oleh lagenda Cub Prix, Wazi Abdul Hamid dan Shahrun Nizam Tamin yang bertindak sebagai jurulatih kepada pelumba yang diberi peluang menimba pengalaman bersama Suzuki.

Sepanjang proses pemilihan yang berlangsung selama dua hari itu, pelumba-pelumba baru didedahkan kepada pelbagai aspek perlumbaan seperti kepentingan kecergasan fizikal, teknik serta aspek-aspek keselamatan.

“Daripada semua permohonan yang diterima, kami telah menyenarai pendek 38 peserta yang memenuhi kriteria yang kami tetapkan iaitu mestilah belum pernah beraksi dan tiada rekod perlumbaan di Cub Prix.

"Beberapa kriteria lain turut menjadi keutamaan adalah ketinggian dan berat badan mereka,” kata Ang.

“Pada sesi pemilihan, kami mendedahkan pelumba-pelumba dengan pengetahuan asas perlumbaan dan ini amat berguna kepada mereka sebelum memulakan karier dalam perlumbaan jentera dua roda ini.

"Namun begitu, daripada 38 peserta yang menghadiri latihan dan ujian pemilihan ini, kami terpaksa memilih hanya 18 peserta berkebolehan dalam lingkungan usia 14 hingga ke 19 tahun untuk memulakan perlumbaan pertama di Kangar,” tambahnya.

Ditanya mengapa model Belang 150 menjadi pilihan pihak Suzuki, Ang berkata, pihaknya mahu kelainan dalam persaingan Cub Prix dan model seperti ini tidak pernah digunakan dalam mana-mana kategori dalam Kejuaraan ini," katanya.

Menambah sedikit tentang perancangan masa hadapan kepada pelumba-pelumba, Ang berkata, setelah segala latihan serta pendedahan dilalui oleh peserta Cabaran Suzuki Belang R pada musim ini, pihak Suzuki merancang untuk meletakkan mereka beraksi ke dalam kategori lain pada musim hadapan.

"Kami juga berhasrat untuk membantu pelumba yang mempunyai potensi agar mereka dapat diserapkan bersama pasukan Suzuki. Namun, syarat utama mereka perlulah membuktikan kebolehan yang ada pada diri mereka terlebih dahulu," ujar Ang.

Senarai pelumba Cabaran Suzuki Belang R

1. Abu Sofian Bin Karim (19)

2. Ahmad Syukran Aizat Bin Mohd Yusoff (15) 3. Fazdlyzal Bin Ahmad Fazal (17)

4. Fitri Bin Wazi (18)

5. Mohamad Danial Bin Abdul Dain (16)

6. Mohamad Syafiq Bin Rosli (15)

7. Mohammad Syafiq Bin Mohd Ismail (15)

8. Mohd Harith Asyraff Bin Rosdi (14)

9. Mohd Khairol Nizam Bin Mohamad Haris (19)

10. Mohd Shafiq Bin Noor Affendi (16)

11. Muhamad Hafiz Bin Amiruddin (20)

12. Muhammad Hafizt Bin Hasmi (16)

13. Muhammad Ilyas Bin Ahmad Fuad (15)

14. Muhammad Izham Shah Bin Shahrom Shah (17)

15. Muhammad Syafiq Bin Mohammad Puzze (18)

16. Muhammad Zul Akmal Bin Najikhun (16)

17. Tengku Syahmi Bin Tuan Yusoff (16)

18. Wong Chin Hou (16)

Maklumat lanjut sila hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) di talian 03-8733 8787 atau layari laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS www.malaysiancubprix.com

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan