MotoGP: Zulfahmi Raih Kedudukan Ke-6 Di Litar Losail

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zulfahmi memulakan aksi terbaik pada siri perlumbaan Grand Prix Qatar di Litar Losail, Ahad.
Zulfahmi memulakan aksi terbaik pada siri perlumbaan Grand Prix Qatar di Litar Losail, Ahad.

PELUMBA negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin yang mewakili pasukan AirAsia-SIC-Ajo mencipta sejarah tersendiri dengan meraih kedudukan ke-6 dunia pada saingan pembukaan perlumbaan Moto3 di Grand Prix Qatar, Litar Losail, malam Ahad.

Kedudukan ini merupakan satu pencapaian membanggakan bagi negara, lebih-lebih lagi dia turut mencipta rekod memulakan perlumbaan di petak ketujuh.

"Pasukan saya sekali lagi melakukan tugas dengan baik.

"Jentera juga berjalan lancar dan GP ini juga membuktikan saya mampu untuk bersaing dan mensasarkan podium pertama dalam karier saya," jelas Zulfahmi.

Sementara itu pemilik pasukan, Aki Ajo berpuas hati dengan persembahan keseluruhan Zulfahmi sepanjang minggu.

"Saya berbangga dan gembira dengan Fahmi. Dia telah melalui perlumbaan yang baik tetapi saya lebih menghargai kerja keras dia sepanjang minggu ini.

"Fahmi bermula dengan baik dan seperti biasa, kami akan memperbaiki keadaan dengan lebih baik setiap masa," katanya.

Zulfahmi berharap akan meneruskan aksi cemerlangnya ini pada di Litar Jerez pada 29 April ini.

Klasifikasi Moto3 2012:

1. Maverick Vinales Spain, Blusens Avintia, FTR Honda 38.40,995

2. Romano Fenati Italy, Team Italia FMI, FTR Honda + 4,301

3. Sandro Cortese Germany, Red Bull KTM Ajo, KTM + 18,013

4. Luis Salom Spain, RW Racing GP, Kalex KTM + 18,200

5. Miguel Oliveira Portugal, Estrella Galicia 0,0, Suter Honda + 18,74

6. Zulfahmi Khairuddin Malaysia, AirAsia-SIC-Ajo, KTM + 19,052

7. Arthur Sissis Australia, Red Bull KTM Ajo, KTM + 19,466

8. Danny Kent Great Britain, Red Bull KTM Ajo, KTM + 21,098

9. Louis Rossi France, Racing Team Germany, FTR Honda + 21,15

10. Alex Rins Spain, Estrella Galicia 0,0, Suter Honda + 28,73

11. Alan Techer France, Technomag-CIP-TSR, TSR Honda + 29,775

12. Hector Faubel Spain, Bankia Aspar Team, Kalex KTM + 29,813

13. Niklas Ajo Finland, TT Motion Events Racing, KTM + 35,940

14. Alberto Moncayo Spain, Bankia Aspar Team, Kalex KTM + 35,983

15. Jakub Kornfeil Czech, Redox-Ongetta-Centro Seta, FTR Honda + 38,641

Kedudukan pelumba Moto3 2012

1. Vinales 25

2. Fenati 20

3. Cortese 16

4. Salom 13

5. Oliveira 11

6. Zulfahmi 10

7. Sissis 9

8. Kent 8

9. Rossi 7

10. Rins 6

11. Techer 5

12. Faubel 4

13. Ajo 3

14. Moncayo 2

15. Kornfeil 1

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan