MotoGP: Lorenzo Kuasai Litar Losail

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juara Grand Prix Qatar, Jorge Lorenzo (tengah) bergambar bersama pemenang kedua, Dani Pedrosa (kiri) dan ketiga Casey Stoner.
Juara Grand Prix Qatar, Jorge Lorenzo (tengah) bergambar bersama pemenang kedua, Dani Pedrosa (kiri) dan ketiga Casey Stoner.

PELUMBA Sepanyol, Jorge Lorenzo yang menunggang Yamaha meraih tempat pertama pada edisi perlumbaan pembuka tirai musim MotoGP, Grand Prix Qatar di Litar Losail, Ahad.

Lorenzo mencatat masa 42:44.214 manakala di tempat kedua dan ketiga oleh pelumba Honda HRC, Dani Pedrosa serta Casey Stoner.

Lorenzo berkata, dia tidak menjangkakan kemenangan ini memandangkan Stoner terus memberi saingan sengit ketika pertengahan perlumbaan.

Pun begitu, dia tetap menaruh harapan tinggi untuk merampas gelaran dunia yang dipegang Stoner sebelum ini.

"Saya merasakan perlumbaan ini sama seperti ketika beraksi di Litar Jerez, 2010 yang mana ketika perlumbaan saya tidak menjangkakan akan menang perlumbaan.

"Namun ia berlaku sebaliknya kerana saya tidak pernah berputus asa, terus mencuba dan juga Casey hilang sedikit kawalan. Jadi saya turut memberi tekanan kepadanya," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan