Moto-X Bakal Gegar Himpunan Jutaan Belia 2012

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sukan ekstrem, Freestyle Motorcross Xtreme (FMX) atau Moto-X bakal menggegarkan Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini di Putrajaya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata penunggang FMX terkenal dari Jepun, Eigo Sato daripada Freaking Good Motor-X Tour (FGMT) akan mengetuai pertunjukkan itu bagi menghangatkan sambutan Hari Belia nanti.

Katanya MBM memilih mengadakan acara sukan ekstrem itu pada sambutan Hari Belia kali ini bertujuan mempromosikan sukan permotoran lasak itu kepada golongan belia.

"Kami bukan sahaja membawa sukan lasak ini secara eksklusif untuk dipertontonkan kepada orang ramai malah turut membawa penunggang yang sudah mencipta nama di pentas dunia iaitu Sato dan rakan-rakannya.

"Kami percaya ia akan menjadi salah satu daya tarikan untuk para pengunjung semasa sambutan Hari Belia dan pastinya akan menarik ribuan pengunjung untuk turun ke Putrajaya," katanya dalam laman sesawang MBM di sini hari ini.

Mohamed Maliki berkata inisiatif yang dicetuskan ini juga akan menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan singgahan destinasi sukan permotoran lasak satu hari nanti.

FMX merupakan sukan ekstrem yang menggabungkan aksi-aksi lasak yang mendebarkan. Para penunggang akan membuat lompatan tinggi dengan pelbagai gaya akrobatik yang mengagumkan.

FMX yang dikategorikan sebagai sukan permotoran lasak sangat popular dan begitu diminati di negara luar seperti di Amerika Syarikat dan Jepun.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan