Unisel Tawar Biasiswa Kepada Lima Juara Keseluruhan Cub Prix 2012

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Selangor Malaysia (Unisel) kini menawarkan Biasiswa Cub Prix Unisel kepada lima pemenang keseluruhan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012.

Pengarah promosi Safe Aims Mutual Sdn Bhd (SAM) Ron Hogg berkata program itu akan berlangsung selama tiga tahun berturut-turut sehingga 2014 dan biasiswa berkenaan akan membolehkan pelumba yang memenuhi syarat kelayakan minimum melanjutkan pengajian ijazah pertama mereka dalam bidang diminati di Unisel.

"Saya percaya program ini boleh menghasilkan pelumba yang bukan hanya berbakat dan laju di atas jalan tetapi juga berpendidikan tinggi," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Unisel turut menawarkan biasiswa kepada sepuluh pelumba teratas Unisel Racing Team yang mempamerkan aksi cemerlang pada Cub Prix 2012.

Hogg berkata sempena musim ke-19 Cub Prix dan tahun kesepuluh bersama Petronas, perlumbaan kali ini bakal menyaksikan penambahan satu lagi acara iaitu Cabaran Suzuki Belang bagi menarik lebih banyak penyertaan.

"Pembaharuan banyak kita dah lakukan, pada saya kali ini perlumbaan sengit adalah bagi kategori CP130 kerana seramai 17 pelumba telah mendaftar bagi kategori itu dan mereka adalah pelumba terbaik negara. Kita tidak boleh jangka siapa yang akan menang dan saya percaya cabaran akan lebih sengit nanti," katanya.

Perlumbaan pertama bermula di Stadium Batu Kawan Stadium, Pulau Pinang dari 31 Mac hingga 1 April.

Kalendar Cub Prix 2012:

Pusingan 1 - Batu Kawan, Pulau Pinang (31 Mac-1 April)

Pusingan 2 - Kuala Terengganu (13-14 April)

Pusingan 3 - Kangar (28-29 April)

Pusingan 4 - Putrajaya (26-27 Mei)

Pusingan 5 - Teluk Intan, Perak (9-10 Jun)

Pusingan 6 - Melaka (30 Jun-1 Julai)

Pusingan 7 - Kluang, Johor (2-23 Sept)

Pusingan 8 - Belum ditetapkan (6-7 Okt)

Pusingan 9 - Litar Sepang (10-11 Nov)

Pusingan 10 - Padang Kota Lama (1-2 Dis)

- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan