Rosberg Catat Masa Terpantas Sesi Latihan Terakhir

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemandu AMG Petronas F1 Team Nico Rosberg meletakkan pasukannya di anak tangga tertas apabila menguasai sesi latihan akhir di Litar Sepang, Sabtu.

Pelumba Jerman yang memandu jentera FP3 itu mencatat masa pusingan terpantas satu minit 36.877, 0.443s lebih pantas daripada rakan senegaranya Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull Racing.

Rakan sepasukan Vettel dari Australia Mark Webber menduduki tempat ketiga dengan masa 1:37.338s.

Pemandu Lotus F1 Team Kimi Raikkonen dari Findland dan pelumba Perancis Raomain Grosjean, masing-masing mencatat masa 1:37.356s dan 1:37.382s untuk menduduki tempat keempat dan kelima.

Juara Grand Prix Australia Jenson Button dari Britain hanya mampu meraih tempat keenam dengan catatan masa 1:37.404s.

Pasukan Malaysia Caterham F1 Team menduduki tempat ke-19 dan 20. Pamandunya Vitaly Petrov dan Heikki Kovalainen, masing-masing mencatat masa 1:39.704s dan 1:40.189.

Permulaan sesi latihan itu tertangguh selama 12 minit apabila pasukan yang menyertainya terpaksa menunggu keadaan litar, khususnya Turn-9, kering akibat hujan.

Pusingan kelayakan itu bemula pada pukul 4 petang.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan