Sasar Raih Mata Pertama Di Sepang - Gascoyne

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sasaran utama pasukan Formula One milik Malaysia, Caterham F1 Team pada perlumbaan Grand Prix Formula One Malaysia Petronas pada hujung minggu ini ialah untuk meraih mata di hadapan peminat Malaysia.

"Sasaran kami pada hujung minggu ini ialah untuk meraih mata pertama kami. Sebenarnya kami berdepan perlumbaan yang mengecewakan pada hujung minggu lepas apabila kereta kami terhenti akibat masalah kecil.

"Kedudukan kami dalam kelompok pertengahan akan membolehkan kami memberikan saingan sengit. Kami amat positif mengenai prestasi kereta kami," kata ketua pegawai teknikal pasukan, Mike Gascoyne dalam temubual dengan wakil media tempatan di Litar Sepang di sini Khamis.

Dalam musim perlumbaan pembukaan Formula One di Australia, kedua-dua pemandu pasukan Heiki Kovalainen dan Vataly Petrov terpaksa keluar daripada perlumbaan akibat masalah teknikal.

Pada perlumbaan pembukaan F1 di Litar Albert Park di Melbourne hujung minggu lepas, Kovalainen tersingkir daripada perlumbaan akibat masalah pada suspensi manakala Petrov terpaksa berhenti akibat masalah pada turus stereng.

Gascoyne berkata dengan keputusan mereka pada sesi ujian terdahulu dan pada perlumbaan pembukaan, pasukan itu mampu pergi lebih jauh dengan kereta sedia ada mereka.

Untuk mencatatkan pencapaian lebih baik, Gascoyne berkata pasukan perlu memberikan saingan hebat kepada pasukan lain dalam kelompok pertengahan seperti Sauber, Force India, Torro Rosso dan Williams.

"Kami perlu berlumba secara konsisten dengan pasukan dalam kelompok pertengahan. Pasukan lain telah menyertai arena formula one lebih daripada 20 tahun dan malahan ada yang lebih 30 tahun. Mereka memiliki fasiliti terbaik...mempunyai "wind tunnel" mereka sendiri dan amat bagus.

"Selepas dua tahun terlibat dalam Formula One, kami boleh berbangga dengan kedudukan kami sekarang. Dengan sokongan yang kami terima sekarang, kami berharap boleh mencapai prestasi lebih baik, langkah demi langkah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan