Chong Wei Perlu Rawatan Susulan - Dr Ramlan

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memerlukan rawatan susulan terhadap kecederaan bahu kanannya hasil laporan awal ujian Magnetik Resonance Imaging (MRI) yang dijalaninya, Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata ekoran laporan MRI yang diperolehi itu, beliau telah mengarahkan pakar fisioterapi di institut itu, Fadzli Mohd Salleh memulakan rawatan susulan ke atas Chong Wei.

"Kita perlu melakukan rawatan secara terperinci dan membuat keputusan tentang penglibatan dan aktiviti Chong Wei supaya dia dapat meneruskan latihan untuk mengekalkan kecerdasan tanpa menjejaskan proses pemulihan ototnya yang cedera," katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada media di sini Rabu.

Dr Ramlan berkata penjelasan lanjut berhubung laporan kesihatan pemain nombor satu dunia itu akan dibuat pada sidang media khas yang akan turut dihadiri oleh Chong Wei dan jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock di ISN, Khamis.

Chong Wei pada Selasa menjalani ujian MRI di hospital KPJ Damansara Specialist selepas mengalami kecederaan di perlawanan akhir Kejohanan All-England di England minggu lepas sehingga menyebabkan beliau terpaksa menarik diri dan memberi kemenangan mudah kepada pemain China, Lin Dan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan