Penonton F1 Diarah Ikut Laluan Ditetapkan Untuk Ke Litar Sepang

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sempena perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysia di litar Sepang bermula Jumaat hingga Ahad ini, orang ramai diminta menggunakan laluan yang ditetapkan untuk memastikan pergerakan trafik lancar.

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abd Rahman berkata terdapat empat laluan untuk ke litar Sepang sama ada menggunakan Lebuhraya Elite dan memasuki Plaza Tol KLIA; Lebuhraya MEX dan melalui Dengkil By Pass; atau Lebuhraya Plus menuju ke Plaza Tol Nilai dan melalui pekan Salak.

"Selain itu pengunjung dari Melaka atau Johor Baharu pula boleh melalui Port Dickson dan seterusnya menghala ke pekan Sepang untuk ke Litar Sepang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini Rabu.

Untuk laluan keluar dari Litar Sepang, pengguna boleh menggunakan bulatan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) terus ke bulatan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan bulatan Chaterfield menuju ke Lebuhraya KLIA untuk keluar ke Lebuhraya Plus, katanya.

Mereka juga boleh menggunakan Jalan Kuarters KLIA menuju ke pekan Salak untuk ke Nilai, dan untuk ke selatan pengguna boleh melalui Jalan Kuarters KLIA ke simpang Felda LBJ melalui Bandar Enstek untuk ke Seremban atau menggunakan Jalan Kuarters KLIA ke pekan Sepang untuk ke Port Dickson atau menuju ke Melaka dan Johor Baru.

Imran berkata laluan kontra untuk VVIP telah ditetapkan iaitu bagi laluan masuk bermula di Kilometer (KM) 1.7 Jalan Pekeliling sehingga ke KM 9.2, manakala untuk laluan keluar bermula dari KM 1.7 Jalan Pekeliling hingga ke KM 6.2.

Beliau berkata pengunjung hanya perlu mengikut arah papan tanda yang disediakan untuk memudahkan perjalanan serta meletakkan kenderaan di tempat ditetapkan bagi mengelakkan disaman.

"Mereka juga perlu menjaga harta benda masing-masing untuk mengelak kejadian jenayah," katanya.

Beliau berkata penumpang penerbangan yang ingin berlepas dari terminal KLIA atau LCCT sepanjang tempoh perlumbaan F1 berlangsung dinasihat keluar lebih awal dan merancang perjalanan untuk mengelakkan daripada terlepas penerbangan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan