Perlumbaan F1 Tidak Akan Diadakan Pada Waktu Malam - SIC

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Promoter Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC), tidak akan mengadakan perlumbaan itu pada waktu malam.

"Saya sendiri tidak menggalakkan perlumbaan waktu malam, tapi biarlah kita tengok dulu apakah keputusan yang akan dibuat olej juru perunding mengenainya.

"Penyelidikan masih dijalankan dan satu keputusan akan dibuat selepas kami membentangkan kesan ekonomi terhadap kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.

Kesan ekonomi menjadi strategi atau pelan rangka kami untuk memanfaatkan F1 dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan trofi perlumbaan F1 Malaysia tahun ini yang ditaja Tiffany and Co., di sini Jumaat.

Orang kuat F1 Bernie Ecclestone sekali lagi menyuarakan harapannya agar semua pusingan perlumbaan F1 di Asia diadakan pada waktu malam untuk menarik tontonan maksimum di Eropah.

Bagaimanapun, Ahmad Razlan berkata pengurusan F1 tidak mengenakan tekanan terhadap cadangan itu.

"Kalau ada pun desakan daripada pengurusan F1, ia lebih ke arah untuk meningkatkan jumlah penonton (di Eropah)," katanya.

Beliau berkata untuk mengadakan perlumbaan pada waktu malam, SIC perlu memasang sistem lampu yang mahal.

"Perbelanjaan memasang lampu limpah adalah amat mahal. Bayangkanlah Litar Sepang kini mempunyai setting yang cantik dan jika kami adakan perlumbaan pada waktu malam, kami perlu bina menara lampu atau tiang konkrit. Saya tak fikir ini akan kelihatan cantik.

"...dan kami nak adakan perlumbaan pada waktu malam, sedangkan litar lain tidak berbuat demikian. Litar ini tidak dibina untuk perlumbaan waktu malam dan jika hujan, keadaannnya juga sungguh berbahaya," kata Ahmad Razlan.

Beliau berkata setakat ini, pengurusan F1 belum mendapati perlumbaan pada waktu malam terganggu oleh hujan lebat.

"Hujan lebat pada waktu malam akan memaksa perlumbaan dihentikan atau dibatalkan. Belum ada kesempatan untuk melihat sama ada perlumbaan F1 boleh diadakan pada waktu malam, terutama dalam keadaan basah," kata Ahmad Razlan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan