Petronas Motorsports Pergiat Kempen Promosi F1

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Petronas Motorsports, unit permotoran Petroliam Nasional Berhad (Petronas), kini mempergiatkan kempen mempromosikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 Mac ini di Litar Sepang.

Menurut pengarah urusan Petronas Motorsports, Anita Azrina Abdul Aziz, kerja -kerja promosi untuk perlumbaan Grand Prix Malaysia sudah bermula sejak Disember tahun lepas.

"Bermula Sabtu ini sehingga 25 Mac, di KLCC Suria, kita akan adakan gerai menjual barangan Petronas Motorsports, Mercedes dan juga pasukan Mercedes AMG Petronas F1.

"Di situ juga banyak aktiviti akan dijalankan dan orang ramai berpeluang menyertainya selain meraih hadiah-hadiah yang ditawarkan. Penganjuran kali ini adalah dengan kerjasama Pertronas Dagangan dan juga Mercedes," kata Anita Azrina ketika ditemui Bernama selepas majlis pelancaran musim baru perlumbaan F1 di ESPN Star Sports di sini, Selasa.

Menurut beliau, peminat sukan permotoran khususnya F1 akan berpeluang bersemuka dengan pelumba-pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas F1, Michael Schumacher dan Nico Rosberg pada sesi bertemu peminat dan menandatangani autograf pada Rabu depan. "Terdahulu sebelum itu, kedua-dua pelumba akan berjumpa dengan kakitangan Petronas di Menara Petronas dan kemudiannya mereka akan ke Petrosains untuk satu acara bersama dengan sekolah angkat di situ," katanya.

Mengenai kerjasama yang terus dijalin dengan ESPN Star Sports sejak 2004, Anita Azrina berkata melalui kerjasama yang sedia ada, Petronas mendapat banyak faedah khususnya dalam pengukuhan jenama di seluruh dunia.

"Penajaan kita terhadap pasukan F1 pun ada sehingga 2014, jadi kita teruskan juga kerjasama kita dengan ESPN Star Sports untuk tiga tahun lagi. "Melalui kerjasama dengan ESPN Star Sports ini kita dapat banyak faedah dan untuk tahun ini, kita dapat lebih sedikit daripada biasa. Kita bukan sahaja melalui penyiaran perlumbaan secara langsung dan program-program berkaitan F1 tetapi kali ini, kita juga akan muncul melalui saluran berita mereka, ESPNews," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif ESPN Star Sports (Ketua Bahagian Jualan bagi Asia Tenggara) Adam Zecha berkata stesen televisyen telah bersiap sedia bagi membawa aksi F1 yang terbaik bagi peminatnya sepanjang musim 2012 bermula minggu ini dengan Grand Prix Australia di Melbourne.

"Musim F1 kali ini dijangka membawa satu lagi tahun penuh aksi hebat dan kami gembira dengan kembalinya Petronas sebagai penaja siaran dengan membaharui kerjasama tiga tahun lagi dengan Petronas. Perkongsian ini akan meningkatkan lagi peranan Petronas sebagai juara F1 di Malaysia dan rantau ini," kata Zecha.

Beliau berkata penajaan ini akan diperluaskan kepada 11 pasaran di seluruh Asia dan buat pertama kali termasuk perkembangan terkini F1 di ESPNews, sumber berita sukan 24 jam Asia dan saluran berita berbahasa Inggeris terkemuka Malaysia.

Zecha berkata ESPN Star Sports akan menonjolkan liputan televisyen secara langsung dengan lebih komprehensif bagi semua 20 sesi kelayakan dan perlumbaan utama dan akan menyiarkan lebih daripada 600 jam kandungan F1 dengan liputan menyeluruh program sebelum dan selepas perlumbaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan