Pasukan Caterham F1 Sedia Beri Tentangan Kepada Pasukan Kedudukan Pertengahan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Formula Satu (F1) Caterham F1 Team, milik warga Malaysia, sudah bersedia untuk memberi cabaran sengit pada perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan F1 Dunia 2012 di Melbourne, Australia, dari 16 hingga 18 Mac ini.

"Kini masa untuk kami mengambil tempat sebagai pasukan kedudukan pertengahan dan kami sudah mengatur semua untuk melakukannya," kata pemilik pasukan Tan Sri Tony Fernandes, seperti dipetik dalam laman web rasmi pasukan yang berpangkalan di United Kingdom itu.

"Sekiranya dapat melakukannya seperti pasukan Williams, Toro Rosso dan Sauber, saya rasa ia adalah pencapaian yang luar biasa.

"Kami bermula dari bawah pada September 2009 untuk mencabar pasukan berpengalaman dan mantap dari segi pembangunan," jelasnya.

Fernandes berkata pasukannya akan berjuang sepanjang musim ini untuk merapatkan jurang dengan pasukan handalan di barisan utama.

"Perlumbaan Melbourne adalah amat penting bagi kami dan saya amat teruja daripada perlumbaan lain sebelum ini dalam tempoh singkat dua tahun penglibatan kami dalam dunia F1," katanya.

Bagi pelumba pasukan, Heikki Kovalainen, pasukan itu sedang bersedia untuk perlumbaan pertama musim ini selepas tiga minggu menjalani sesi ujian yang mantap.

"Kami menuju ke Melbourne dalam keadaan cukup baik...kami beralih dari musim 2011 dengan lebih baik, jauh lebih baik dari musim 2010 dan realistik dengan apa yang kami mampu lakukan musim ini," kata Kovalainen.

Pelumba baru pasukan Vitaly Petro dari Russia berkata pasukannya tidak dapat bersaing untuk kedudukan podium tetapi akan memberi saingan hebat kepada pasukan pada kedudukan pertengahan pada perlumbaan pertama. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan