Chong Wei, Chan/Goh Mara Ke Separuh Akhir All England

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England yang berlangsung di Birmingham awal pagi Sabtu (waktu Malaysia).

Chong Wei hanya mengambil masa 28 minit untuk menundukkan pencabar dari Indonesia Dionysius Hayom Rumbaka 21-9, 21-11.

Juara bertahan All England itu dijadual bertemu Lee Hyun Il dari Korea Selatan yang sebelum itu menundukkan seorang lagi pemain Malaysia, Liew Daren, 21-15, 21-13 pada satu lagi perlawanan peringkat suku akhir.

Daren yang pertama kali beraksi pada kejohanan All England nyata menunjukkan prestasi positif apabila berjaya melepasi saringan kelayakan sebelum akur dengan kehebatan pemain Korea itu.

Pasangan Chan/Goh yang merupakan beregu campuran kesembilan dunia pula mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan lawan dari England/Scotland, Chris Adcock/Imogen Bankier.

Pasangan itu mengambil masa 56 minit untuk menundukkan Chris/Imogen 21-16, 15-21 dan 21-17.

Goh/Chan dijadual bertemu beregu campuran Indonesia Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir pada separuh akhir kejohanan yang dijadual lewat malam Sabtu, waktu Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan