SIC Giat Siapkan Litar Sepang Untuk Grand Prix F1

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC), penganjur perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysia, kini mempergiatkan kerja-kerja menaik taraf Litar Sepang untuk perlumbaan itu pada 23 hingga 25 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, SIC telah menjalankan kerja-kerja menaik taraf dan kini sudah di peringkat akhir menyiapkan beberapa kemudahan yang ada dalam kawasan litar.

"Sekarang ini kita sedang membaiki beberapa kerosakan dan mengecat beberapa tempat di kawasan litar. Kita juga mempunyai kemudahan baru yang telah disiapkan untuk kemudahan pasukan F1 yang bertanding," katanya ketika ditemui pada Khamis.

Mengenai rungutan penonton berhubung kerosakan pada tempat duduk penonton, Ahmad Razlan berkata kerja membaik pulih sepenuhnya kemudahan awam dalam kawasan Litar Sepang akan diadakan sebaik sahaja selepas perlumbaan Grand Prix F1 tahun ini.

"Kita akan buat major renovation di Litar Sepang selepas Grand Prix F1. Kita tidak dapat buat sebelumnya kerana kita belum mendapat bajet," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penjualan tiket Grand Prix F1 tahun ini sudah mencapai 70 peratus.

"Daripada jumlah itu, 30 peratus adalah dari kalangan peminat luar negara. Sasaran kita ialah untuk mencapai 90,000 pada hari perlumbaan (Ahad).

"Tahun ini, kita mempromosikan perlumbaan F1 agak berbeza sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ini," katanya.

Litar Sepang menjadi destinasi kedua perlumbaan F1 musim ini selepas Grand Prix Australia pada 16 hingga 18 Mac. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan