Mohd Iskandar Mahu Cipta Kejayaan Pada Kejuaraan Cub Prix Musim Ini

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Cub Prix, Mohd Iskandar Raduan mahu mencipta kejayaan pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini selepas kempen yang kurang memberangsangkan tahun lalu.

Pelumba yang berasal dari Seremban ini yang kecewa dengan persembahannya apabila sekadar muncul di kedudukan ke-14 keseluruhan di dalam kategori CP130 tahun lalu, berharap nasibnya lebih baik tahun ini apabila dia mengumumkan untuk beraksi dalam kelas CP115.

Iskandar bakal berganding bahu dengan rakan baru, Zulsyafiz Rosli yang juga merupakan juara keseluruhan Wira 2011 di bawah naungan pasukan gergasi, PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM Racing.

"Saya mahu lupakan kepahitan musim lalu," kata Iskandar dalam satu kenyataan, Jumaat.

Walaupun ramai pihak menyifatkan penghijrahannya ke kategori CP115 sebagai satu langkah yang kurang wajar, Iskandar yang meletakkan sasaran untuk menjuarai kelas pertengahan ini mempunyai pendapat berbeza.

"Bagi saya, saingan kedua-dua kategori ini tidak banyak bezanya. Pelumba tetap hebat dan mencabar, apa yang berbeza hanyalah jentera. Jadi saya fikir ia tidak memberi banyak kelebihan kepada saya nanti namun ia juga bukan satu masalah kepada saya.

"Tambahan pula, saya belum pernah menjuarai kelas ini jadi inilah peluang saya," kata Iskandar yang pernah menduduki tangga ketiga keseluruhan CP115/ Novis tahun 2010.

Bagi memastikan hasratnya menjadi kenyataan, Iskandar akan menggunakan tempoh rehat panjang sebelum perlumbaan musim ini bermula untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada terutama dari segi kecergasan fizikal.

Beliau yang baru pulih daripada kecederaan kaki ketika beraksi pada Piala Yamaha Asean pada tahun 2010 turut melahirkan keyakinan bagi menghadapi pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix yang akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 31 Mac dan 1 April ini.

"Kemalangan yang dialami pada perlumbaan akhir Piala Yamaha Asean pada tahun 2010 menyebabkan kaki saya patah dan terpaksa mengambil masa lama untuk pulih. Walaupun masih mampu beraksi musim lepas, namun saya masih belum cergas sepenuhnya dan ini telah menjejaskan keyakinan saya pada setiap perlumbaan.

"Tambahan pula, saya menggunakan sepenuhnya tempoh rehat panjang selama beberapa bulan ini untuk meningkatkan tahap kecergasan saya. Kini saya lebih yakin untuk meraih kejayaan dan menebus kehampaan gagal menaiki sebarang podium pada musim lepas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan