Penunggang Diwajibkan Guna Topi Keledar Diperakui FIM

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua penunggang diwajibkan memakai topi keledar yang diperakui oleh Federation of International Motorcycle (FIM) dalam kejohanan Petronas AAM Malaysian Cub Prix pada musim 2012 dan seterusnya.

Menurut Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), selaku penganjur kejohanan, peraturan baru itu berkuatkuasa serta merta dan diwajibkan ke atas penunggang yang bertanding dalam acara CP130, CP115, Wira, Privateer, Yamaha 135 Super Series, Honda Wave Junior Challenge dan Suzuki Belang Challenge.

Bagaimanapun di musim-musim yang lalu, peraturan ini hanya terpakai bagi penunggang yang mengambil bahagian dalam kategori CP130/Expert dan CP115/Novice untuk mengurangkan kos bagi kelas-kelas yang lain.

Pengarah Promosi SAM, Ron Hogg menyifatkan peraturan baru itu adalah relevan memandangkan banyak pengeluar topi keledar tempatan memenuhi piawaian FIM dan selain itu langkah ini akhirnya akan meningkatkan lagi taraf profesional Cub Prix.

"Atas alasan ini, penunggang mesti menggunakan topi keledar yang diluluskan FIM sebelum mereka dibenarkan berada di atas trek. Kita lakukan ini semua sekarang kerana hari ini banyak pembekal tempatan mengeluarkan topi keledar bertaraf FIM berbanding sebelum ini.

"Di tahun-tahun terdahulu, topi keledar seperti itu diimport, antaranya seperti X-Dot, KHI, MHR dan banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Apabila ditanya bagaimana peraturan baru ini boleh memberi kesan ke atas penunggang, Ron berkata yang pasti harganya lebih mahal antara RM300 hingga ke RM3,000, bergantung pada jenama.

Beliau memberi jaminan keselamatan penunggang adalah dilindungi.

Untuk faedah penunggang, senarai penuh penjual topi keledar dengan kelulusan FIM akan dikeluarkan sedikit masa lagi melalui laman sesawang kejohanan, www.malaysiancubprix.com. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan