Kementerian Akan Terus Sokong F1: Ahmad Shabery

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kontrak Litar Antrabangsa Sepang (SIC) yang bakal berakhir 2015 akan disambung atau tidak bergantung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata bagaimanapun Kementerian Belia dan Sukan akan terus menyokong SIC memandangkan litar itu berjaya memupuk minat golongan remaja dalam sukan pemotoran.

"Keputusan sambungan kontrak adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, bagi pihak kementerian sudah tentu akan terus menyokong kerana F1 adalah satu acara sukan yang berprestasi tinggi.

"Formula 1 banyak membantu negara memupuk minat remaja dalam sukan permotoran dan harap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan kontrak SIC kerana saya percaya Petronas dan rakan-rakan lain akan terus memastikan perlaksanaan dikekalkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 di Pavillion di sini, Selasa.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Shabery berkata berdasarkan kajian yang dilakukan badan bebas menunjukkan Grand Prix Malaysia 2011 menjana ekonomi kira-kira RM200 juta.

Beliau berkata kajian menunjukkan purata perbelanjaan seorang pengunjung asing ialah kira-kira RM7,000 manakala penonton tempatan RM2,500.

"Ini adalah kesan daripada F1 dalam menjana pendapatan pelancongan dengan kebanyakan peminat yang datang ke Malaysia untuk menonton perlumbaan biasanya melanjutkan tempoh penginapan mereka dan melawat tempat-tempat menarik lain di negara ini," katanya.

Turut hadir pada majlis itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Mahathir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan