Rozaiman Harap 2012 Lebih Baik

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA kelahiran Pulau Pinang, Mohd Rozaiman Mohd Said (gambar) mahukan perubahan sebagai motivasi kepada dirinya untuk menghadapi cabaran musim ini.

Dia sekadar menamatkan saingan musim lepas di tangga kelima keseluruhan dalam saingan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim lepas, jauh daripada prestasi terbaik pada tahun 2010 di mana dia muncul naib juara.

Rozaiman percaya, jika dapat beraksi dengan pelumba-pelumba handalan lain dalam kategori CP130 merupakan motivasi terbaik kepada dirinya.

“Sudah tiga tahun saya beraksi dalam kategori Novis/ CP115 dan pencapaian terbaik saya pada tahun 2010.

"Pada musim lepas saya meletakkan harapan tinggi untuk mengejar gelaran juara keseluruhan namun segalanya serba tidak menjadi. Jadi saya memerlukan perubahan dan berharap agar musim ini akan menjadi lebih baik.

"Pada usia 23 tahun ini adalah waktu terbaik untuk saya mencari pengalaman baru bersaing di dalam kategori perdana,” jelas Rozaiman.

Begitupun, Rozaiman akui saingan CP130 pasti lebih sukar.

“Jika dibandingkan dengan kategori CP115, cabaran yang menanti dalam saingan CP130 ini pasti lebih mencabar. Suasana perlumbaan lebih sengit dan pelumba-pelumba juga memerlukan keberanian yang lebih tinggi termasuk corak perlumbaan yang lebih agresif.

"Namun begitu, saya percaya dengan keazaman yang tinggi, saya mampu menanganinya.

“Pelumba-pelumba senior juga tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar ketika di luar perlumbaan. Tambahan pula, saya juga berpengalaman bersaing dengan pelumba-pelumba Indonesia yang terkenal dengan corak perlumbaan agresif di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS, jadi ia bukan masalah besar kepada saya," katanya.

Mengenai masa depannya bersama Motul Yamaha YY Pang Racing, Rozaiman berkata, buat masa sekarang, dia belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai hala tuju kariernya.

"Kita tunggu sahaja sehingga Kejuaraan bermula nanti," katanya.

Pun begitu Rozaiman tetap gembira untuk melihat rakan sepasukan, Zaidy Mohd Zaifaizal menghidupkan kembali nama pasukan apabila dia berjaya meraih kedudukan naib juara keseluruhan di belakang Shahril Izzuwan Mohd Noor (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan