Senna Sertai Williams, Ganti Barrichello

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Senna mengambil alih tempat Barrichello dalam pasukan Williams musim ini.
Senna mengambil alih tempat Barrichello dalam pasukan Williams musim ini.

PASUKAN Williams mengesahkan pelumba Brazil, Bruno Senna akan bergandingan bersama Pastor Maldonado dalam membawa cabaran dalam saingan Formula Satu (F1) untuk musim 2012.

Senna bakal mengikuti jejak langkah bapa saudaranya, Ayrton Senna yang maut di Grand Prix San Marino pada tahun 1994 ketika bersama pasukan ini.

Pelumba berusia 28 tahun ini mula menyertai F1 pada tahun 2010 bersama pasukan HRT dan turut bersaing dalam lapan perlumbaan terakhir tahun lalu bersama Renault akan mula melakukan ujian dengan Williams di Litar Jerez, 9 Februari ini.

Penglibatan Senna dalam pasukan ini juga sekali gus menggantikan kedudukan pelumba veteran Brazil, Rubens Barrichello.

“Ia satu situasi yang menarik apabila terlibat dengan pasukan yang pernah pak cik saya sertai, lebih-lebih lagi semua orang di sini pernah bekerja dengan Ayrton.

“Saya harap ia mampu mengembalikan memori indah dan mencipta sesuatu yang menarik,” jelas Senna.

Sementara itu, jangkakan Barrichello untuk terus bersama pasukan ini meleset apabila pihak penguruan pasukan memilih Senna untuk menggantikan tempatnya.

Namun khidmat Barrichello dikatakan masih diperlukan dalam pasukan itu memandangkan dia terkenal dengan kepakaran teknikal dan pengalamannya selepas beraksi 19 musim dengan 11 kejayaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan