Pasukan Aisan Kembali Lagi Sertai LTDL

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Aisan Racing dari Jepun akan mengambil bahagian buat kali ketiga dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) yang merupakan acara lumba basikal terbesar di Asia, dari 24 Feb hingga 4 Mac depan.

Kembalinya pasukan benua itu bertanding di Malaysia tahun ini bagaimanapun tidak disertai pelumba Takeaki Ayabe, yang telah memeranjatkan sukan lumba basikal dunia menewaskan pelumba Eropah dan Amerika Selatan semasa mendaki puncak Cameron Highlands tahun lepas, kerana kecederaan pada lututnya.

Pemenang Peringkat 4, perlumbaan tahun 2010, Taiji Nishitani akan mengetuai pasukan itu tahun ini, kata penganjur kejohanan dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Nishitani yang berusia 31 tahun itu sentiasa menjadi penyumbang mata sejak dia menyertai pasukan Aisan pada tahun 2006.

LTdL 2012 dianjurkan menerusi kerjasama Persekutuan Kebangsaan Lumba Basikal Malaysia (MNCDF) dengan Majlis Sukan Negara sebagai penyambung kepada penganjuran oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2010 dan 2011.

Kejohanan tahun ini dijangka disertai 22 pasukan.

Ia mengekalkan kedudukan 2.0 HC (Hors Classe) yang diiktiraf dan diperakukan oleh UCI dan UCI Asia Tour.

Perlumbaan 10 hari itu bermula pada 24 Feb dengan ujian masa individu di laluan sejauh 20.3 km di Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan