Hafizh Juara Perlumbaan 2

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafizh (tengah) menjulang trofi kemenangan selepas mendahului Perlumbaan 2 bagi kaagori SuperSports 600cc di pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, Ahad.
Hafizh (tengah) menjulang trofi kemenangan selepas mendahului Perlumbaan 2 bagi kaagori SuperSports 600cc di pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, Ahad.

HAFIZH Syahrin Abdullah mencipta kejutan apabila muncul juara Perlumbaan 2 dan di tempat ketiga pada Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc di pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, Ahad.

Pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline itu turut mencipta rekod tersendiri apabila muncul pelumba termuda yang memenangi perlumbaan kategori SuperSports 600cc ketika berusia 17 tahun.

Hafizh yang bermula di petak ketiga pada kedua-dua perlumbaan bermula baik pada Perlumbaan 1 apabila berjaya mendahului kedudukan sehingga ke pusingan kelima namun pesaing terdekatnya, Mohd Zamri Baba dan Katsuaki Fujiwara memberikan saingan sengit dan berjaya mengambil alih kedudukan di hadapan Hafizh.

“Saya tidak menyangka dapat memenangi perlumbaan kedua kerana walaupun berjaya mendahului perlumbaan sebaik perlumbaan bermula, saya rasakan Fujiwara dan Zamri pasti akan memintas saya sebagaimana yang berlaku pada Perlumbaan 1. “Namun selepas lima pusingan, saya dapati Zamri ketinggalan sejauh 0.5 saat di belakang dan selepas itu saya terus cuba mengekalkan kedudukan saya sehingga ke garisan penamat.

"Kedua-dua perlumbaan berlangsung begitu sengit dan saya begitu berterima kasih kepada seluruh pasukan yang berjaya menyediakan pelarasan terbaik untuk saya pada perlumbaan kali ini, tambahan pula ini hanya merupakan tahun kedua saya beraksi di ARRC dalam kategori SuperSports 600cc,” jelas Hafizh yang menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan dengan mengumpul 135 mata.

Juara SuperSports 2011, Fujiwara dari pasukan Manual Tech BEET Kawasaki Racing tetap mempamerkan kehebatannya apabila berjaya melintasi garisan penamat sebagai juara dengan masa keseluruhan 32:01.257s dan Zamri (PETRONAS Yamaha Malaysia) di tangga kedua, dengan hanya 0.0002s di belakang Fujiwara manakala Hafizh di kedudukan ketiga.

Zamri dan Hafizh menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 32:01.259s dan 32:01.673s.

Pada Perlumbaan 2, giliran Hafizh mendominasi perlumbaan apabila dia menamatkan perlumbaan 15 pusingan itu tanpa memberikan peluang kepada lawan untuk memintasnya sekali gus meraih kejayaan pertama kategori SuperSports 600cc sepanjang dua tahun memulakan kariernya dalam kategori SuperSports 600 ini.

Dia menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 32:02.780s.

Zamri sekali lagi tidak menghampakan peminat-peminat sukan pemotoran tanah air apabila menamatkan perlumbaan di tangga kedua dengan masa keseluruhan 32:01.259s diikuti Fujiwara, 32:03.929s. Fujiwara yang telahpun bergelar juara sebaik Pusingan 5 di Zhuhai, China tamat unggul di tangga teratas dengan mengumpul 237.5 mata diikuti seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) di tangga kedua dengan 162 mata. Zamri di tangga ketiga dengan mengumpul 147 mata.

Dalam senarai Anugerah Berpasukan Keseluruhan, pasukan Manual-Tech Beet Kawasaki Racing berada di tangga teratas dengan mengumpul 237.5 mata diikuti Boon Siew Honda Racing Malaysia kedua dengan 169 mata dan PETRONAS Yamaha Malaysia ketiga, 167 mata.

Bagi kategori Underbone 115cc, pelumba handalan Indonesia, Rafid Topan Sucipto dari pasukan Yamaha CKJ TJM Racing menamatkan musim ini dengan cemerlang apabila meraih kejayaan berganda sekali gus turut dinobatkan sebagai juara dengan masa keseluruhan 268 mata.

Dia menamatkan Perlumbaan 1 dan 2 dengan masa keseluruhan 18:52.389s dan 18:43.254s manakala rakan sepasukan, ahmad Afif Amran turut mempamer prestasi terbaik dengan kejayaan menamatkan Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 di tangga ketiga (18:52.500s) dan kedua (18:43.292s).

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan