Siri MSS Turut Perkenalkan Kelas Moto3 Tahun Depan - SIC

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan sukan permotoran terulung negara - Malaysian Super Series (MSS) - akan disusun semula musim depan selaras engan pengenalan kategori baru Moto3 pada Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan.

Suruhanjaya Grand Prix Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) telah emperkenalkan kelas Moto3 bagi menggantikan kelas 125cc, dengan menggunakan enjin empat lejang berkuasa 250cc.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berkata selaku penganjur siri MSS, pihaknya juga akan memperkenalkan acara 250cc untuk pelumba tempatan bagi memudahkan mereka menyertai saingan pada MotoGP Dunia.

"Mulai tahun depan, kelas 125cc akan diganti dengan kelas Moto3 dan juga terdapat tiket 'wildcard' dalam acara Moto3 disediakan. Oleh itu MSS merupakan platform terbaik untuk pelumba tempatan memburu tempat ke MotoGP Dunia," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Razlan berkata SIC sedang berbincang dengan Boon Siew Honda dan Kawasaki agi mewujudkan platform 250cc demi dalam membantu pembangunan sukan permotoran negara.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan