Hamilton Puas Hati Aksi Di Abu Dhabi

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hamilton mencium trofi kemenangan selepas mengungguli perlumbaan F1 di Abu Dhabi, Ahad.
Hamilton mencium trofi kemenangan selepas mengungguli perlumbaan F1 di Abu Dhabi, Ahad.

PELUMBA McLaren, Lewis Hamilton meraih tempat pertama pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) di Abu Dhabi, Ahad.

Hamilton mengetuai barisan depan sejak awal perlumbaan selepas tayar jentera juara bertahan, Sebastian Vettel pancit menyebabkan dia terpaksa menamatkan perlumbaan itu.

Menurut Hamilton yang kini berada ditangga kelima keseluruhan dalam kedudukan pemandu, dia sudah menguasai perlumbaan sejak awal dan itu merupakan situasi yang jarang berlaku.

“Saya rasakan ia satu situasi yang jarang berlaku dan merupakan peluang keemasan. Saya cuba mengekalkan kedudukan dan mengawal keadaan apabila Fernando Alonso cuba mengatasi saya.

“Ada masanya dia terlalu dekat dengan saya walaupun pada awal perlumbaan dia kelihatan lebih perlahan. Namun jelas sekali, dia lebih pantas di akhir perlumbaan. Saya cukup gembira dengan situasi ini,” katanya.

Kemenangan ketiga Hamilton musim ini turut memberi keyakinan kepadanya untuk beraksi lebih baik pada pusingan akhir di Brazil pada 25 November ini.

“Terlalu awal untuk mengatakan ia terbaik namun itu satu permulaan. Kami ada satu lagi perlumbaan di Brazil, jadi saya akan memberi fokus dan mengekalkan momentum ini. Kamu tahu, apa-apa sahaja boleh berlaku,” katanya yang turut mengakui perlumbaan di Abu Dhabi merupakan salah satu aksi terbaiknya.

Selain itu, turut berada di podium sebagai pemenang kedua ialah pelumba Ferrari, Fernando Alonso dan ketiga Jenson Button (McLaren).

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan