Peluang Pandu Jentera Ferrari Di Litar Sepang

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bermodalkan serendah RM10, para peminat sukan lumba kereta akan dapat merasai sendiri pengalaman memandu jentera F1 Ferrari 360 Modena sekiranya menjuarai kategori senior pertandingan Simulator Formula One (F1) yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini.

Pengarah Urusan R&D F1 Simulator, K. Sithambaram berkata pihaknya menetapkan yuran penyertaan RM5 bagi kategori junior dan RM10 bagi kategori senior dalam pertandingan itu yang akan diadakan di Tingkat 1 Bangunan Matrade di sini.

"Kita menjangkakan sebanyak 10,000 orang akan menyertai pertandingan tersebut," katanya kepada pemberita ketika majlis pra-pelancaran F1 Simulation Championship Coty 2011 di Menara Kuala Lumpur, Selasa.

Beliau berkata pemenang kategori junior pula akan menerima baucar bernilai RM2,000 manakala 30 pemenang kategori senior pula berpeluang memandu kereta sendiri di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 November ini.

Dalam perkembangan yang sama, Sithambaram berkata pihaknya akan menganjurkan Hari Terbuka SIC pada 15 dan 16 November ini dengan para peserta berpeluang merasai sendiri pengalaman memandu dan berlumba dengan peserta lain di litar tersebut menggunakan kereta persendirian mereka.

Beliau berkata para peserta yang berminat menyertai acara ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM300 bagi setiap penyertaan.

"Pada hari terbuka ini, para pengunjung juga akan berpeluang meninjau sendiri pengalaman berada di atas litar tersebut dengan berjalan kaki di mana ia akan menjadi pengalaman yang baru buat para peserta terlibat," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan