Fahmi Raih Tempat Ketujuh Di Sepang

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SYABAS... Rakan sepasukan pelumba AirAsia-SIC-Ajo, Zulfahmi Khairuddin memberi tepukan tahniah selepas menamatkan perlumbaan 125cc pada tempat ketujuh sempena perlumbaan Shell Advance Malaysian Motocycle Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini. -foto BERNAMA

SEPANG: Pelumba MotoGP 125cc negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin (Airasia-SIC-AJO) membuat kejutan kepada seluruh peminat permotoran tanah air apabila meraih tempat ketujuh pada Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Sepang di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Kedudukan ketujuh ini merupakan pencapaian terbaik yang dicapai pelumba Malaysia di Sepang.

Kini pelumba Airasia-SIC-AJO ini berada di tempat ke-17 keseluruhan dengan 30 mata dan bakal meneruskan perlumbaan akhir musim ini di Valencia pada 6 November ini.

Pada aksi 18 pusingan hari ini, Fahmi mencatat 41'12.986 saat manakala seorang lagi pelumba negara yang beraksi dalam kategori ini, Farid Badrol meraih kedudukan ke-24 dengan catatan masa 42'51.248 saat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan