Pedrosa Teruskan Penguasaan Pada Sesi Latihan Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa meneruskan penguasaannya pada sesi akhir latihan bebas pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 di Litar Sepang, pada Sabtu.

Pelumba Sepanyol berusia 26 tahun itu mencatatkan masa dua minit 1.769 saat, iaitu kelebihan 0.265 saat mengatasi pelumba Itali, Marco Simoncelli daripada pasukan San Carlo Honda Gresini.

Rakan sepasukan Pedrosa, Andrea Dovizioso dari Itali berada di tempat ketiga dengan catatan masa 2:02.081s, manakala juara dunia MotoGP musim 2011 yang baru dinobatkan, Casey Stoner dari Australia muncul pelumba keempat terpantas dengan catatan masa 2:02.169s.

Sesi ketiga latihan bebas MotoGP berlangsung dalam keadaan cuaca kering dengan suhu pada 29 darjah Celcius manakala suhu litar perlumbaan adalah 40 darjah Celcius.

Sesi kelayakan MotoGP akan berlangsung jam 1.55 petang ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan