MotoGP: Zamri Baba & Hafiz Mula Dipetak ke-28 & 34

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penggunaan tayar yang tidak sesuai menjadi punca pelumba Moto2, Mohd Zamri Baba 'turun tangga' apabila akan memulakan saingan pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia dari petak ke-28 pada Ahad.

Pelumba kelahiran Klang itu, yang membuat penampilan kedua dalam kategori berkenaan atas tiket wildcard, mencatat masa dua minit 9.822 saat pada pusingan kesembilan daripada 14 pusingan yang dilakukannya pada sesi kelayakan pada Sabtu.

Katanya, perubahan cuaca sekitar Litar Sepang khususnya semasa sesi latihan bebas ketiga yang lebih redup pada sebelah pagi berbanding sesi kelayakan yang berlangsung dalam cuaca yang lebih panas memainkan peranan yang besar dalam menentukan prestasi jenteranya di litar ini.

"Kita telah tersalah percaturan dalam penggunaan tayar kerana cuaca panas pada sebelah petangnya tidak sesuai buat kombinasi tayar berbeza atas permukaan litar yang bersuhu 44 darjah Celsius.

"Saya agak terkilan dengan prestasi petang (sesi kelayakan) ini kerana catatan masa sesi bebas ketiga pagi tadi lebih pantas daripada sesi kelayakan," katanya kepada pemberita selepas tamat sesi kelayakan Moto2. Rakan senegara, Hafizh Syahrin Abdullah yang juga berlumba atas tiket wildcard turut gagal mempamerkan aksi yang menarik apabila sekadar meraih petak ke-34.

Pelumba berusia 17 tahun ini pada sesi latihan bebas ketiga mencatat masa iaitu 2:11.083s sebelum mencatat sesi kelayakan dengan masa 2:11.388s.

"Saya kecewa dengan prestasi petang ini. Bagaimanapun, saya tidak akan membiarkan perasaan ini ke hari esok kerana saya telah mendapat keyakinanan dan sokongan daripada pasukan ini," katanya.

Sementara itu, mengulas prestasi kedua-dua pelumba pasukan Petronas Malaysia itu, peneraju pasukan Ron Hogg menganggap kedua-dua pelumbanya telah mempamerkan aksi yang membanggakan.

"Saya mahu mereka fokus pada perlumbaan esok. Kita akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku pada perlumbaan hari ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan