Kerajaan Akan Terus Sokong Penganjuran MotoGP Malaysia - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus memberi sokongan dalam penganjuran Grand Prix Motosikal Malaysia.

"Dengan penganjuran Grand Prix Malaysia yang memasuki tahun ke-13 di Sepang, saya ingin mengulangi komitmen kerajaan Malaysia untuk terus menyokong penganjuran acara ini dan pada masa sama menawarkan apa jua bantuan bagi memastikan kejayaannya.

"Banyak pihak begitu bersemangat menyambut baik perlanjutan penganjuran MotoGP Malaysia sehingga 2013 dan kami tidak seharusnya berasa puas hati dengan pencapaian yang ada. Kami perlu mengekalkan mutu pencapaian yang tinggi sebagai antara penganjur terbaik dalam kalendar MotoGP," kata Najib yang dipetik sebagai berkata dalam buku program rasmi MotoGP Malaysia 2012.

Perdana Menteri berkata Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan Kementerian Belia dan Sukan seharusnya berganding bagi memastikan Malaysia terus kekal menjadi antara venue kalendar MotoGP.

"Banyak manfaat diperoleh hasil penyertaan Malaysia dalam penganjuran kejohanan perlumbaan motosikal berprestij ini," kata Najib. Selepas Formula Satu, MotoGP adalah acara sukan kedua terbesar antarabangsa yang dianjurkan Malaysia dengan sejumlah 2.3 juta penonton menyaksikan perlumbaan secara langsung di seluruh dunia.

Seramai 105,000 penonton menyaksikan acara itu di Sepang tahun lepas, dengan 30 peratus penonton adalah dari negara jiran Indonesia, Thailand, Singapura dan Australia.

Najib berkata penyertaan empat pelumba Malaysia kali ini pastinya akan menarik minat para penyokong tempatan untuk memberi sokongan dan menonton aksi pelumba tempatan.

"Ini pastinya satu hari yang bersejarah bagi Malaysia kerana ini merupakan penyertaan terbesar Malaysia dalam perlumbaan sejak kejohanan dunia ini mula dianjurkan pada 1949.

"Adalah menjadi harapan saya suatu hari ini pelumba Malaysia akan berjaya dalam acara utama perlumbaan MotoGP," kata Perdana Menteri. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan