Yuzy Percaya Kebolehan Zamri, Hafizh

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pelumba MotoGP, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini percaya kedua-dua pelumba wildcard Moto2, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah berkemampuan untuk mempamerkan aksi terbaik pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober ini.

Yuzy yang hadir bersama kedua-dua pelumba sepanjang sesi ujian berlangsung pada Ogos dan September lepas meletakkan kepercayaan terhadap Zamri dan Hafizh untuk melakukan sesuatu yang dapat membanggakan negara.

"Saya melihat bagaimana prestasi yang ditunjukkan kedua-dua pelumba ini sewaktu sesi ujian dan apa yang boleh diperkatakan mereka ini mempunyai bakat dan juga potensi besar,” kata Yuzy bertindak sebagai jurulatih Pasukan. “Semalam (Ahad), mereka sekali lagi mempamerkan aksi yang memberangsangkan pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia di Zhuhai, China.

"Hafizh dari PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline dan Zamri yang beraksi untuk PETRONAS Yamaha Malaysia menunjukkan persembahan yang mantap pada sepanjang minggu," katanya.

Zamri menamatkan Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 di kedudukan ketiga manakala Hafizh beraksi cemerlang pada Perlumbaan 1 dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua manakala kedudukan kelima pada Perlumbaan 2. Kedua-dua perlumbaan itu dimenangi Katsuaki Fujiwara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan