MotoGP Bakal Cipta Rekod Baru Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal mencapai rekod baru sebanyak 110,000 penonton menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2011 selama tiga hari yang akan berlangsung di Litar Sepang dari 21-23 November.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata pada MotoGP tahun lepas, litar itu merekodkan 105,000 penonton bagi tiga hari perlumbaan.

"Jika dibandingkan dengan tahun lepas, iaitu bagi tempoh lapan hari sebelum perlumbaan, SIC (tahun ini) telah berjaya menjual lebih banyak tiket dan kami yakin dapat memecahkan rekod kehadiran pada 2010 sebanyak 105,000.

"Malahan, semua tiket bagi F Grandstand dan B Hillstand telah habis dijual semalam. Kami mensasarkan 65,000 penonton pada hari perlumbaan dan berharap dapat mencapai 110,000 (bagi tiga hari perlumbaan) pada kali ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, Rabu.

Beliau berkata buat julung kalinya, peminat sukan permotoran akan menyaksikan empat pelumba Malaysia beraksi, diketuai oleh pelumba kelas 125cc Muhammad Zulfahmi Khairuddin dan Mohd Farid Badrul Hisham yang mendapat wildcard.

"Dua lagi pelumba tempatan yang mendapat wildcard yang akan menyertai mereka ialah daripada Moto2, menjadikan jumlah tertinggi penyertaan pelumba Malaysia sejak kejohanan dunia ini bermula pada 1949. Itu sahaja sudah cukup baik," kata Razlan.

SIC, katanya akan turut menganjurkan karnival di litar dan setakat ini semua ruang pameran dan gerai sudah diambil dan begitu juga pakej hospitaliti.

Bagi memastikan tidak ketinggalan daripada keseronokan dan kemeriahan menyaksikan perlumbaan, peminat digalakkan membeli tiket sebelum hari perlumbaan.

Kecuali bagi F Grandstand dan B Hillstand, tiket masih ada dengan tiket bagi dua hari (Sabtu dan Ahad) untuk Main Grandstand berharga RM120, manakala bagi K1 Grandstand untuk dua hari, masing-masing berharga RM70 dan RM50.

Kaunter tiket SIC di litar kini dibuka tujuh hari seminggu manakala kaunter tiket turut dibuka di tempat tumpuan di sekitar Lembah Klang iaitu di KLCC, KL Sentral (Transit Concourse, Tingkat 1) dan Lot 10.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan