Zhuhai Penentu Peluang Pelumba

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEJUARAAN Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS menghampiri kemuncaknya apabila pusingan kedua terakhir musim ini akan berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China dari 14 hingga 16 Oktober ini.

Mendahului kedudukan SuperSports 600cc pada ketika ini ialah pelumba handalan Jepun, Katsuaki Fujiwara. Pelumba Manual Tech BEET Kawasaki Racing itu tampil cemerlang dengan meraih lima kemenangan daripada lapan perlumbaan pada empat pusingan yang telah berlangsung setakat ini sekaligus meletakkanya di tangga teratas keseluruhan dengan kutipan 146.5 mata.

Walau bagaimanapun beraksi buat pertama kali di litar sepanjang 4.300 kilometer ini, dan dengan 100 mata lagi yang bakal direbuti, kedudukan Fujiwara masih belum selamat terutama dengan kehadiran Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) bersama-samanya di atas grid.

Pada ketika ini, Azlan merupakan pelumba terbaik dari kem Malaysia dengan kejayaan menaiki podium pada setiap pusingan kecuali pada Perlumbaan 2 Pusingan 3 di Trek Lumba Motor Madras, India dan Pusingan 4 di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun.

Hasil kejayaan tersebut meletakkan pelumba 27 tahun itu di tangga kedua keseluruhan dengan 114 mata, dan jelas masih berpeluang untuk merampas takhta SuperSports 600cc.

Antara pelumba lain yang turut berpeluang menyekat dominasi Fujiwara ialah Decha Kraisat.

Selepas tidak dapat beraksi sewaktu di Indonesia akibat kecederaan, pelumba Yamaha Thailand Racing itu berjaya merangkul gelaran juara pada kedua-dua perlumbaan di India dan Perlumbaan 1 di Jepun. Walaupun peluang untuk memintas Fujiwara agak tipis, juara bertahan itu tetap yakin dapat mengejar kedudukan Fujiwara dan juga Azlan.

Tambahan pula, dia mempunyai kenangan manis di menjuarai kedua-dua perlumbaan di Zhuhai musim lalu.

Dalam kategori Underbone 115cc pula, Rafid Topan Sucipto dari Yamaha CKJ TJM Racing hadir ke Zhuhai dengan harapan tinggi untuk mempertahankan kedudukan pendahulu selepas berjaya memungut 168 mata manakala juara bertahan, Hadi Wijaya berada di tempat kedua setelah dibezakan dengan hanya 25 mata.

Dengan peluang untuk bergelar juara masih terbuka, Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg percaya saingan pasti semakin sengit dan sukar untuk menjangkakan siapa yang berpeluang untuk mendominasi perlumbaan nanti.

“Pusingan kedua terakhir selalunya akan menentukan peluang para pelumba sama ada mereka dapat mengejar gelaran juara ataupun tidak.

"Ia juga akan menjadi medan pertarungan di kalangan pelumba-pelumba yang begitu inginkan mahkota Kejuaraan musim ini. Saya dapat memberi jaminan perlumbaan minggu ini pasti sengit dan mendebarkan.

"Penonton-penonton di Malaysia juga boleh menyaksikan Perlumbaan 2 secara langsung di Astro SuperSports pada Ahad ini bermula jam 2.30 petang,” kata Ron.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan