Pedrosa Tawan Litar Motegi

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pedrosa meraikan kejayaannya selepas mengungguli perlumbaan MotoGP Jepun di Litar Motegi, Ahad.
Pedrosa meraikan kejayaannya selepas mengungguli perlumbaan MotoGP Jepun di Litar Motegi, Ahad.

IMPIAN Casey Stoner untuk memastikan kejuaraan kedua MotoGP Dunia menjadi miliknya sedikit tergugat biarpun dia berjaya menaiki podium sebagai pemenang ketiga pada perlumbaan Grand Prix Jepun yang dipenuhi dengan adegan kemalangan di belakang dua penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa dan juara dunia Jorge Lorenzo, Ahad.

Pelumba Australia ini bermula garang dari petak grid dan kelihatan tidak tergugat hingga masalah roda depan dan kegagalan brek ketika melalui selekoh menyebabkannya terbabas ke tepi litar pada pusingan keempat.

Juara dunia 2007 itu bangkit dari tangga ketujuh dan mempamerkan aksi terbaik untuk meraih pentas podium, meninggalkannya 40 mata di depan Lorenzo dari Yamaha dengan berbaki tiga perlumbaan musim ini.

Sementara itu, Pedrosa mencatat masa 42 minit 47.482 saat selepas menamatkan perlumbaan 24 pusingan, melepasi garisan penamat lebih tujuh saat di depan Lorenzo, meninggalkan Stoner jauh di belakang.

Pedrosa yang menunggang Honda menamatkan perlumbaan menakjubkan, tidak menghiraukan kejadian di sekelilingnya apabila juara dunia tujuh kali Valentino Rossi terbabas seawal selekoh kedua dalam satu daripada beberapa perlanggaran yang mencemari perlumbaan di litar Twin Ring di Motegi.

“Casey melakukan kesilapan jadi saya ada ruang. Jorge berusaha keras tapi saya gembira untuk meraih kemenangan pertama di sini dalam MotoGP dan buat Honda,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan