Proton Sasar Capai Kejuaraan Rali APRC 2011 Di Hokkaido, Hujung Minggu Ini

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Motorspots berhasrat untuk mencapai satu lagi kejayaan podium pada kempen Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) musim 2011 pada pusingan kelima Rali Hokkaido di Obihiro, Jepun yang bermula Jumaat.

Rali Hokkaido sehingga Ahad ini membabitkan 19 peringkat khas dengan jarak keseluruhan 222.89km.

Menurut kenyataan Proton Holdings Sdn Bhd, pada Jumaat, pasukan Proton kini mendahului kategori Pengeluar APRC dengan 132 mata diikuti rapat oleh Mitsubishi (119 mata) dan Subaru di tempat ketiga dengan 39 mata.

Proton turut mendahului kategori saingan Trofi Pasukan APRC dengan pemandunya Chris Atkinson mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan pertama APRC.

"Minggu ini tidak banyak berbeza. Kemungkinan untuk kami menjuarai kejohanan APRC musim 2011 di sini tetapi saya tidak fikir itu semua dan hanya mahu menumpukan perhatian pada perlumbaan," kata Atkinson.

Atkinson sudah memenangi gelaran Piala Pasifik FIA 2011 dengan dua kejayaan daripada tiga pusingan tahun ini iaitu pusingan kedua di Australia, pusingan ketiga, New Caledonia dan pusingan keempat di New Zealand.

"Kereta Satria Neo Super S2000 amat mantap pada musim ini dan keutamaan kami untuk menamatkan perlumbaan dan mengumpul mata maksimum untuk Proton dalam kategori Pengeluar APRC FIA," katanya.

Selain Atkinson, Proton juga meletakkan harapan pada pelumba kedua, bekas pemandu Subaru Kejohanan Rali Dunia (WRC), Alister McRae, yang kini ketinggalan 23 mata daripada Atkinson dalam senarai kedudukan pemandu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan